welcome to CantStopSmilling Blog

Always be grateful of what Allah SWT have blessed us with throughout our lives...
Appreciate those who hates you, as without them, we could not become stronger in life..
Treasure those who loves you, as their love can always cherishes you when you're sad...

Wednesday, December 29, 2010

lafaz yang tersimpan.

Nasihat Luqman al-Hakim
Surah Luqman ayat 14 – 15

 Maksudnya;
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) [14].
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan [15].

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pagi itu, aku bersiap untuk ke sekolah seperti biasa, buku rekod murid2 ku tersusun rapi di atas meja, keputusan peperiksaan kini di tanganku. akan ada nanti yang bakal ku ceramah.. ada kalau yang bagus tu baguslah, kalau yang main main tu? haih... naik geram, kesedaran mereka cetek agaknya. aku berlalu menuju ke ruang tamu.

-abah...kakak tak nak gi sekolah.

aku menoleh, hah? kenapa pulak? aku tersenyum memandang telatahnya, berbaju kurung, kain baju kurungnya terseret di lantai. bibirnya memuncung panjang, rambutnya kemas tersikat.

-kenapa kakak tak nak gi sekolah ni?

-stoking kakak hilang...

dan sisa air mata masih bertamu di matanya. aku mendekati anak sulungku, Aisyah.

-mari abah carikan, dah jangan nangis, pakai kain ni dulu, tudung kakak mana?

aku mecium pipi halus anak yang aku cintai, sambil memakaikan kain sekolahnya. muka Aisyah ku basuh sedikit, menggantikan bedak yang comt kerana tangisnya. Aisyah menikmati sarapan yang telah ku sediakan, sedang aku mencari stokingnya di ampaian. ada, haih, sibuk memeriksa kertas dan menyiapkan buku laporan murid2 ku, aku terlupa menyediakan stoking Aisyah seperti selalu. aku tersenyum, seketika, hatiku sebak.

setelah menyiapkan Aisyah dengan stoking dan tudungnya, aku mengambil beg sekolahnya, beserta beg ku sendiri. dan aku menghantar Aisyah ke sekolahnya. Aisyah menyalami tanganku dan melambai manja ke arahku sebelum berlari menuju ke kelas. luluh hatiku.

-bai abah! Assalamualaikum!

berbekalkan suara manja itu, aku meneruskan tanggungjawabku sebagai pengajar di sekolah menengah yang tidak berapa jauh dari sekolah anakku. usai waktu persekolahan, aku menunggu di bilik guru. seketika,  Amin, pelajar yang tersangat nakal dalam kelasku duduk berhadapan denganku. aku menatap wajah Amin.kerja sekolah yang diberikan, tidak pernah disiapkan. setiap kali peperiksaan, nombor tercorot, disandang jaguh lumba lari ini. lumba lari dengan aku sendiri, berkejar melihat amin melompat pagar untuk ponteng.

-ayah kamu kerja apa amin?

-............

-amin?

amin masih tertunduk,  memulas-mulas ranting di tangan, pakaiannya lusuh, rambutnya serabai. kenapa budak ni..hatiku terdetak rasa marah. tapi, tak sampai dosanya untuk ku marahi.

-amin, jawab apa yang cikgu tanya.

-ayah saya tak ada.

aku terdiam. keliru, maksud tak ada??

-amin, bagitau cikgu elok2, cikgu dah tua, susah nak faham.

-ayah dah meninggal.

aku terdiam. hmmm..

-mak kamu?

-mak...mak sakit...

dan saat itu juga, air jernih membasahi pipinya.

-abah!!!!

Aisyah berlari mendapatkanku, aku berterima kasih kepada rakan seperjuanganku yang menolongku untuk menjemput Aisyah petang itu, setelah menyalamiku, Aisyah berlalu untuk bersama Suraya, teman sekolahnya, yang juga anak kepada rakanku itu. mereka girang bermain. teringat saat kecilku, berkejar-kejar sehingga pernah dirotan ibuku kerana terlalu nakal. ibu..

-amin, mak kamu sakit apa?

-sakit tua.

aku kaget, amin masih tertunduk di hadapanku, aku mendekati amin, menepuk bahunya, dan amin memelukku..aku tergamam, amin, pelajar yang nakal di dalam kelasku kini sedang menangis.

-sabar amin, cikgu akan cuba tolong kamu.

amin diam tanpa kata. dan dapat ku rasakan air matanya tertumpah di bajuku. aku sayu. sedih. aku memberikan kata2 nasihat dan perangsang semangat kepada amin, dan aku memandangnya dari kejauhan, saat amin mendorong basikalnya yang sudah usang dari garaj basikal. aku teramat bersimpati akan amin. diam2, aku menuruti kayuhan basikal amin dari jauh, sehingga tiba di kawasan perumahan yang mewah.  aku mula sangsi.. Aisyah yang sedari tadi petah bercerita akan perihal kelas mewarnanya diam..lena... aku tersenyum melihat Aisyah dibuai mimpi, aku memerhatikan dari jauh, amin meletak basikalnya di satu penjuru di bawah pohon rendang di luar kawasan rumah, dan hilang ke belakang kawasan rumah mewah itu. amin?? kamu tipu cikgu kah??aku mendekati kawasan rumah itu dengan keretaku, seketika, kelihatan amin keluar, berbaju lusuh, membawa penyapu,lantas membersih kawasan koridor rumah, aku memerhati tanpa henti, selepas satu, satu yang dikerjakan si Amin.

tiba tiba keluar sepasang suami isteri, masing2 berpakaian mahal, menuju kereta mercedez yang terparking di halaman rumah. si isteri menunjuk-nunjukkan jari ke arah pagar rumah sambil mulut membebelkan sesuatu, mukanya bengis. amin menunduk. dan kemudian, keluar seorang wanita pertengahan usia memarahi amin, pakaianya bukan sepert pasangan suami isteri itu, lusuh, mukanya kepenatan, memohon maaf. si suami kemudian mengisyaratkan masa kepada si isteri dan mereka berlalu pergi. kelihatan amin membantu wanita pertengahan usia memasuki rumah kembali. dan amin meneruskan kerjanya, membersihkan kawasan rumah tersebut.

kini aku memahami, dan simpatiku bertambah.

-abah..kakak lapar...

aku terkejut, Aisyah sedang menggosok matanya, aku tersenyum, dan sekilas, aku melihat amin bersama penyapu itu sebelum aku memandu pulang. setelah makan, aku berehat seketika sambil memikirkan apa yang telah ku saksikan sebentar tadi.dan malam itu, seperti kebiasaan, aku mempersiapkan Aisyah untuk keluar. Aisyah sibuk melukiskan sesuatu, dan mulut comel anakku menceceh sepanjang perjalanan menuju destinasi. setiba di destinasi, kami menuju wad bersalin...

-umi umi umi!!!!!

-Aisyah....

isteriku tersenyum girang memandang Aisyah... girang hatinya, meski dia kelihatan pucat dan lemah.setelah bersalin, Masyitah mengalami komplikasi, dan terpaksa menjalani rawatan susulan.ibu mertuaku tersenyum memandang cucunya melompat-lompat kegirangan. sungguh, telatah Aisyah menghiburkan kami. aku mendekati Muhammad Hakim yang tidur di sisi isteriku, lantas meraih Hakim ke pangkuanku.sepanjang masa aku di hospital, wajah amin masih mengusik hatiku. sebelum pulang, aku menceritakan perihal amin kepada ibu mertuaku.wajah ibu mertuaku mencerminkan simpati. setelah waktu melawat tamat, aku membawa Aisyah pulang. dan aku menyelesaikan segala tugasanku sebelum beristirehat.

-amin, lepas kelas nanti jumpa cikgu ye.

amin tunduk, diam seribu bahasa.

-wek!! padan muka..

aku menoleh, zahid, pelajar yang sememangnya terkenal kerana perangai nakalnya mengejek.

-zahid, jangan buat macam tu, Islam tidak mengajar umatnya untuk berkelakuan tidak sopan, kita kena sayang semua makhlukNya.

zahid mencebik lantas kembali ke mejanya. aku tersenyum kepadanya, di awal usia ini, sangat penting didikan yang diberikan oleh ibu dan bapa mereka, terutamanya tentang agama. namun, yang dapat ku lihat, rata rata anak anak sekrang ini, semakin menyimpang jauh dari agamaNya, Naudzubillah...

-duduk amin. memang rezeki kamu ni, mari makan dengan cikgu.

-tak pe lah cikgu, saya kena balik awal, mak tak sihat.

-kejap je, nanti cikgu hantar kamu balik. makan lah.

aku menyuakan pinggan pisang goreng kepada amin.

-amin, mak kamu kerja apa?

-mak saya orang gaji. sekarang mak sakit, saya kena tolong, kalau tak, tuan rumah marah2 mak.

amin tunduk, pisang goreng masih yang di pegang belum di jamah.

-dah berapa lama mak kamu kerja dekat rumah tu?

-dah 3 tahun cikgu.. cikgu, saya kena balik ni.

aku merenung amin, setelah Aisyah tiba, aku menghantar amin pulang. Aisyah mengomel tentang persekolahannya sambil mengunjukkan buku sekolahnya yang ditanda oleh gurunya beserta tanda 3 bintang dengan gembira padaku, serta pada amin. amin hanya mengangguk dari belakang, dengan sekuntum senyuman yang hambar. setiba di rumah besar itu, aku melihat sesuatu yang tidak ku duga. wanita yang ku lihat semalam sedang memarahi ibu tua di pagar rumah, dan kelihatan beg pakaian di humban keluar. beg lusuh itu menghamburkan isinya.

-Astaghfirullahalazim!

-mak!!!

belum sempat ku berhentikan kereta dengan baik, amin bergegas keluar berlari mendapatkan ibu tua yang terduduk sambil mengutip pakaian satu persatu, tangis air matanya membasahi pipi. amin memeluk ibunya.

-Assalamualaikum.

-hah!! kau sape pulak?!! jangan nak sibuk sibuk kat sini!!!

-Subhanallah, sabar puan, berdosa menzalimi sesama manusia.

amin membantu ibunya bangun berdiri. esak tangis amin jelas kedengaran...

-mak, ampunkan amin, amin balik lambat sikit, mak...

aku memandang amin dengan sayu, aku mengarah amin membawa ibunya ke kereta.

-puan, insaflah, apa yang puan buat ni, tidak kena...

-heh!!!jangan nak masuk campur urusan aku!!

-bertaubatlah puan, Allah SWT Maha Pengampun...

wanita itu sudahpun berlalu ke dalam rumah seraya menghempas daun pintu. Subhanallah. aku memandu ke hospital, membawa ibu amin untuk diperiksa. amin masih menangis sedih.

-sabar amin, ini semua ketentuan Allah SWT... sabar...

-amin sayang mak.. mak...

mendengar rintihan amin, aku sebak, Aisyah mula menangis sama, entah kenapa anak kecil itu memanggil uminya. aku menelefon ibu dan ayah supaya bersiap untuk ku jemput ke rumah. ibu amin perlu di tahan di hospital untuk sementara waktu. aku membawa amin pulang.dan di tengah kesunyian malam di rumahku, kedengaran esak tangis amin berdoa kepadaNya, aku terharu, dan ibuku bersetuju untuk mengambil amin sebagai anak angkatnya, memandangkan kini ibu dan ayah sunyi di saat aku dan abangku tidak pulang ke rumah ketika bekerja. aku tersenyum, Alhamdulillah.

setelah seminggu di tahan di hospital, sakit ibu amin semakin parah, dan dia dijemput kembali ke Rahmatullah,  aku teramat simpati kepadanya, Masyitah yang sudah dibenarkan pulang bersetuju sekiranya amin diterima sebagai keluarga baru ibu dan ayah. amin redha akan ketentuan Illahi untuk dirinya. Alhamdulillah, ibu dan ayah ku kini mempunyai penghibur sunyi di rumah, dan mereka mempunyai anak angkat yang semakin hari semakin menyerlah dalm pelajaran, serta menjadi peneman yang baik serta taat kepada ibu bapaku.

aku menumpang bahagia yang kian di kecapi amin,walaupun ku tahu, jauh di sudut hatinya, amin masih merindui ibunya...  dan kini, bilangan keluarga kami bertambah, Alhamdulillah, semoga kami berada dalam kalangan hambaMu yang diredhaiMu Ya Rabb... semoga rahmatMu sentiasa bersama dengan setiap hambaMu di muka bumi ini... Amiin,Ya Rabbal A'lamin...

p/s:setiap detik yang kita tempuhi ini, semakin dekat kita dengan kematian... hargailah masa yang ada, kasihilah ibu dan bapa, cintailah saudara, carilah, keredhaanNya....

by : Fadhilah...


aduhai...

mula2, aku tersenyum, dan, senyum ku semakin lebar, dan aku tersengih. dan aku mula ketawa sendirian. gambar yang ku tatapi itu sememangnya mencuit hatiku.  hatiku diusik kembali kenangan lalu. saat kolej ku mula sunyi kerana cuti tahun baru, aku dan rakan rakanku masih terpenjara disini. dan kami melakar sejarah penutup akhir tahun itu dengan satu kenangan yang begitu indah. terlalu mahal harga sebuah kenangan yang kita coret bersama, tanpa diduga.

petang itu, N,(bukan nama sebenar) mengajak aku dan rakan ku F,(bukan nama sebenar) untuk bersama2 menemaninya ke kolam renang universiti kami. dek kebosanan dan setelah seharian memikirkan aktiviti untuk dilakukan(setelah khatam semua cerita dan buku cerita) kami bersetuju untuk bersama2 menemaninya. saat itu, kami masih di ambang tahun satu. freshie... mungkin, tapi kami cool...

nak dijadikan cerita, petang itu, aku menceritakan kisah lamaku bersama si dia yang ku temui di sebuah taman, kalau tidak salah ingatanku yang kesekian kalinya, Penang Botanical Garden. tempat, sudah tentu di pulau pinang. saat itu aku masih anak kecil yang sungguh degil,( degilkah??) mungkin. kami sekeluarga mengunjungi taman itu sambil bersiar2 dengan gembira. dan, aku terlihat si dia, dari jauh, entah kenapa, aku tertarik hati untuk mendekatinya, dan langkahku terus maju menuju destinasi di mana si dia sedang berada. 

tak ku sangka, si dia menoleh ke arahku, dan menuju ke arahku sambil tersengih. aku menanti ketibaannya, tanpa ku mengerti hakikat senyuman yang dilemparkan. dan ketika itu, abahku bergegas kesisiku, dan mengusir si dia. dan sehingga kini, aku tidak mengingati detik yang seterusnya.. tapi masih ku ingat perasaan itu. mungkin abah, umi, dan ahli keluargaku masih mengingati detik yang kesekiannya. namun, aku tidak.

kami tertawa bersama sambil  F juga menceritakan cerita perihal dirinya, namun, bukan mengenai coretan sejarah sedihnya, F ceria, dan  suasana hening petang itu di sulami tawa kami sahaja.

 kami menunggu N, masih lagi rancak berbual bicara, dan kami masih rancak berbual mesra. tiba2, kelihatan saudara si dia yang muncul entah dari mana menuju ke arah kami. F kaget, dan aku menyuruhnya bertenang. ayatku ringkas, dan ayat itulah yang menghantui ku hingga detik ini.

"tak pe, jangan panik..jangan panik. nanti kena kejar..."

nasib kami malang, walau tiada satu pun yang mendekati kami, namun, semakin lama semakin banyak yang datang bertandang. aku juga mula kaget. aku terus berdiri. dan tiba2, ada yang mendekati kami, malangnya, ataupun, mungkin rezeki, atau, entahlah... F beralih dari tempat berdirinya mendekatiku, lantas, si dia mula tersengih sambil menegur kami dalam bahasa ibundanya.

panik...itulah yang dapat ku ungkap di saat ini tentang apa yang berlaku. tanganku cuba menggamit F, namun, tidak tercapai olehku, kami memulakan langkah seribu, sambil menjerit sepenuh hati. dan dapat ku dengari hingga hari ini, suara F menjerit ketakutan, dan suaraku, semua itu masih jelas di benak fikiranku. aku memecut menuruni tangga, atau, mungkin patut ku katakan, tidak sedikitpun ku rasai lelah berlari menuruni tangga. pandanganku kabur... yang pasti, aku harus lari dari si dia.

sambil tercungap2 kepenatan memecut langkah seribu, aku hampir menangis, di manakah F, bagaimana keadaannya... setelah ku kira selamat, ku lihat di hadapanku N, ketawa melihatku.. aku cuba mngukir senyum hambar...

"korang kene kejar monyet ke weh?"

yang mampu ku lakukan, mengangguk mengiakan pertanyaannya. kami menaiki tangga yang ku turuni bersama, dan aku berpaut padanya, letih, seluruh anggotaku menggeletar. dan aku memanggil F, dari kejauhan, ku lihat menuju ke arah kami, matanya berair.. kami terkelu, masing2 diam tanpa bicara... sambil menuju ke kolam renang, kami semakin reda, dan kami ketawa bersama2 sepanjang perjalanan menuju destinasi kami. aku menghela nafas lega, Allah SWT telah menyelamatkan kami dari kejadian yang tidak diingini.. 

si dia yang ku kenali dari kecilku hingga kini, masih sama, masih memberi senyuman maut kepada sesiapa yang diingininya... si dia sentiasa mengancam ketenteraman kami di ambang menjelang senja.kerana si dia dahulu dan sekarang masih sama.. si dia dulu adalah monyet, dan si dia yang ku temui di sini juga adalah monyet... aduhai monyet....


Saturday, December 18, 2010

Kisah mengenai Pahlawan Besar Salahuddin Al-Ayyubi

Kain Kafan Pahlawan Besar Salahuddin Al-Ayyubi

Seluruh dunia kenal akan kebesaran, keberanian dan kegagahan pahlawan besar Islam Salahuddin Al-Ayyubi dalam perang salib. Di bawah panglima besar ini, beberapa bumi islam dapat dibebaskan dari penjajahan kaum salib kristian.

Panglima Salahuddin menumpukan segala daya upayanya dalam perang ini untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermain-mainkan oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang telah dijajah oleh kristian selama 90 tahun dapat dibebaskan.

Kekayaan negara-negara Islam yang dapat dibebaskan, digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan pertahankan negara dari serangan musuh.Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari satu kilometer. Di Damaskus, didirikan rumah 'Takiyah' atau tempat pemeliharaan orang-orang miskin.Demikian juga diSudan, Yaman, dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh Panglima besar ini terdapat banyak bangunan kebajikan untuk rakyat.

Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan perang melawan tentera salib, tibalah saatnya Salahuddin kembali ke hadrat Allah.Pada waktu kewafatan pahlawan dan pemimpin besar ini terjadilah sesuatu yang menyedihkan sekali.Orang-orang besar dan kerabat diraja yang menyaksikan kewafatkan itu sama-sama mengalirkan air mata.Ini bukan sahaja kerana pemergiannya untuk selamanya tetapi sangat terharu apabila membuka tempat penyimpanan harta panglima besar itu kosong sahaja.

Demikian juga harta kerajaan yang dipimpinnya juga kosong, semua harta yang ada digunakan sepenuhnya untuk perang dan kesejahteraan rakyat.Sehingga untuk membeli kain kafan pembalut jenazah si panglima pun tidak ada langsung. Maka pembesar-pembesar dan raja-raja yang ada di bawah taklukan Salahuddin bersepakat untuk mengutip derma di antara mereka untuk membeli kain kafan untuk pengurusan jenazah Panglima Salahuddin Al-Ayyubi. 

Ternyata Penglima besar itu sudahpun tidak memikirkan sama sekali akan harta untuk dirinya. Semua tenaga dan fikirannya hanya dicurahkan untuk Allah semata. Allahu Akbar. Semoga Allah tetap mencucuri rahmat ke atasnya.


SUMBER  :   http://tutorialgdi.ws/anbia.html
__________________________

kisah mengenai Imam Hambali


Imam Hambali Tidak Mahu Menerima Pemberian Orang Lain

Pada suatu hari Imam Hambali sedang dalam perjalanan jauh bersama-sama teman-temanya. kerana jauhnya perjalanannya, mereka kehabisan bekalan dan perbelanjaan. Untuk mendapatkan sesuatu, Imam Hambali dan teman-temannya singgah di rumah seorang yang bernama Hamdan bin Sinan Al-Wasity yang kebetulan orang berada.

Rombongan itu menceritakan keadaan mereka kepada Hamdan bahawa mereka dalam musafir yang kehabisan bekalan. Hamdan simpati ke atas mereka dan memberikan bantuan kepada semua teman-teman Imam Hambali. Mereka menerima pemberian itu, kecuali Imam Hambali sahaja yang tidak mahu menerima bahkan beliau mengeluarkan sehelai bajunya dan berkata: "Siapa yang mahu menjualkan baju ini, akan kuberi hadiah."

Hamdan mengeluarkan seuncang wang dan menyerahkannya kepada Imam Hambali, namun Imam Hambali menolak dan tetap ingin menjual baju yang dibuat dari bulu itu. Isteri Hamdan berkata: "Dia adalah seorang yang soleh dan tidak suka menerima pemberian sedikit
pun."

Kini Hamdan ada cara lain iaitu mengambil baju kurung Imam Hambali untuk membelinya. Diapun membayar dengan harga yang tinggi dengan harapan Imam Hambali mahu menerima wang penjualan itu. Sayang setelah Imam Hambali mengetahui bahawa wang sebanyak
itu tidak patut untuk harga sehelai baju kasar, beliau pun mengambil baju itu semula dan terus pergi meninggalkan rumah Hamdan tanpa mengambil apa-apa.



SUMBER  :  http://tutorialgdi.ws/anbia.html

Berkat selawat keatas Rasullullah SAW


Dikisahkan dalam sebuah kisah bahawa telah datang seorang perempuan menemui Hassan Albasri dengan berkata "wahai tuan guru, sesungguhnya saya mempunyai seorang anak perempuan yang telah meninggal dunia, saya sangat2 hendak melihat kedudukan anak saya didalam mimpi, oleh itu saya memohon kepada tuan ajarkan kepada saya amalan yang dapat memperlihatkan kedudukan anak saya"

Setelah mendengar kata2 perempuan itu maka Hassan ALbasri pun mengajarkan kepada perempuan itu selawat keatas Rasulullah SAW.

Setelah perempuan itu mempelajari dari Hassan ALBasri selawat tersebut, maka dia pun mengamalkan setiap hari sehingga pada suatu malam dia bermimpi, dalam mimpinya dia melihat anak gadisnya itu berada dalam neraka. Leher anak gadisnya dibelenggu sementara kedua kakinya diikat dengan tali dari neraka. 

Sebaik sahaja perempuan itu melihat keadaan anak gadisnya itu, maka dia pun berjumpa dengan Hassan AlBasri lalu menceritakan perihal keadaan anaknya. Maka Hassan alBasri dan sahabatnya pun menangis.

Setelah sekian lama, maka satu hari Hassan albasri pun bermimpi dalam mimpinya dia melihat seorang gadis dalam syurga duduk diatas tilam dan dikepalanya terdapat mahkota yang memancarkan cahaya terang benderang, menerangi segala sesuatu ditumur dan barat.

Dalam mimpi itu Hassan Albasri pun ditegur oleh gadis itu dan berkata, "Wahai tuan guru, kenalkah siapa saya ini?" Hassan menjawab "Aku tidak kenal siapakah kamu". 

Gadis itu berkata "Akulah anak perempuan yang mana satu ketika dulu tuan guru telah mengajarkan selawat keatas seorang perempuan"

Hassan berkata " Katakanlah kapada ku bagaimana kamu memperolehi kedudukan yang terbaik ini?"

Gadis itu berkata "Wahai tuan guru, satu hari seorang hamba Allah telah lalu dan membaca selawat lalu disedekahkan kepada kami semua, semua dia menyedekahkan selawat itu, kami mendenganr suara berkata "Hentikan seksaan keatas mereka dan bebaskan mereka semua disebabkan berkat selawat hamba Allah itu keatas Rasulullah SAW"


SUMBER  :    http://tutorialgdi.ws/anbia.html

Thursday, November 4, 2010

coming soon... exam...


minggu nak exam, time tulah nak kalut2 nak start study, betul?? betul lah. memang, dah tu, sampai tengah malam, stay up, kena ada teman, sape? nescaffe lah.. itulah kebiasaan pelajar macam aku ni, malam malam jadi burung hantu, duk mengadap laptop, kadang, tersasar bacaan, pilih2 movie, dah, tengok movie pulak.. dan malarat sampai tak tertidur pon ada, bila siang hari, muka macam orang tak berapa nak betul, otak blur memanjang, sebab? tak cukup tidur...

alkisah cerita, satu malam, aku berjaga, so, suka hati lah nak bukak lagu ke apa, alang2 dah tak ada roomate kan, tengah2 study, mengantuk, bangkitlah aku nak g masak air nak buat air nescaffe, berpaket2 bekalan atas rak makanan.. apa tak de, mee segera, bihun segera, milo, nescafe, gula, teh... semua ada. yang tak de, hmmm... beras pulut. hahaha. yelah.. sambung balik...

tengah2 tunggu air masak...bukak lah folder movie dekat laptop. favorite movie?? thriller, tak pun crita hantu.. dan tengoklah movie "coming soon" sape pernah tengok cerita ni, tahniah..tahniah?? hehehe.. tapi rating cerita ni tak takut sangat terkejut banyak, berbanyak lah beristighfar dek terkejut... tengah2 syok tunggu hantu keluar, tooop!! heater sound, sebab air dah masak, terlompat kejap, mengucap2, memang terkejut, tengah suspen... dah tu, minum lah air tu, dan tetibe, nak dijadikan cerita, dah minum2 ni, nak ke tandas lah pulak dah... hmmm, pause movie, tengah2 elok hero duk berperang kejar2 ngan hantu, hambe nak ke tandas ye...

maka, berjalan lah hamba ke tandas, sunyi... pukul brapa?? tengok jam kat tangan.. kul 3.30, hehehe patutlah.. memang no wonder... basuh muka dulu.. tengah syok tengok muka dalam cermin, dengar bunyi orang bukak paip, huh, bukan keseorangan, dengan selamba, aku pegi jenguk tempat ambik air sembahyang....

tik...tik...tik...

lengang, aik??? aku tengok keliling2, shower? tak de orang pun, sinki?? aku sorang jelah.. ayoyo.. ni sape pulak tutup paip air tak kemas, dengan baik hatinye aku kemaskan... dah... tapi bila aku pandang je kiri nak menuju toilet, tetiba aku nampak sesuatu...apalagi, dengan kaget nye aku sergah lah apa yang aku nampak sekuat hati dek terkejut....(bukan nak menjerit...tulah masalah aku kalau terkejut.. aku sergah orang)

oh my god......oh my god......

seorang junior chinese, iaitu jiran aku mengurut2 dada terkejut... aku pun urut2 dada... terkejut....

oh... so sorry... so sorry..

aku minta maaf, dia hanya hayun2 tangan mengisyaratkan tak apa, apalagi, dua2 bergegas masuk toilet...

sepanjang2 jalan nak balik bilik(macamlah jauh sangat ngan toilet) aku tergelak sorang2... kesian junior aku..., ampun2....inilah padah tengok cerita hantu tengah2 malam sorang2 kat bilik... nak buka pintu, alamak, tertinggal kunci pulak dah... patah balik pergi ambik kunci, buka je pintu,tengah2 duk gelak sorang2, aku nampak kain putih betul2 terhayun depan mata, jatuh dekat ngan kaki aku. apalagi, aku sergah lah sekali lagi..terkejut betul.... aku terundur beberapa langkah ke belakang...

depan aku, terhampar lah kain tuala yang aku sangkut belakang pintu, dengan kipas angin menderu (speed 5), dengan buka pintu ganas2, jatuhlah tuala tu.. aku angkat tuala tu perlahan2 sambil gelak2... adoi... nilah effect tengok cerita hantu, mudah sangat nak bayang pelik2 dalam otak ni hah....aduh.... lepas aku sangkut balik tuala tu, aku pun bergerak menghadap laptop, belum pun sempat duduk....tetiba ada orang buzz YM aku, daripada gelap monitor laptop, terus hidup balik, dan sekali lagi, aku terkejut, dan laptop aku pulak yang jadi mangsa sergahanku ini...

dekat monitor laptop aku terpampang gambar hantu menyeringai, mukanya sangat lah macam ngeri, luka sana sini, buruk sana sini, macam biasalah effect make up hantu...betullah, aku pause tadi tengah2 duk kejar2 hero ngan hantu nih... huh... aku terduduk kat kerusi, penat nye terkejut...dan aku teringat balik kejadian di toilet... aku tergelak lagi... dan tetibe aku rase nak g toilet lagi sekali...

Wednesday, November 3, 2010

jagalah dirimu

social network?? semua dah tahu, jarang ada golongan yang masih terpinga-pinga kalau ditanya kamu ada facebook tak? paling koman(maaf, ayat kurang sopan) yahoo messenger. itulah hakikat dunia berteknologi, dunia tanpa sempadan, dengan ilmu yang bila bila masa boleh kita dapati. kecuali bar modem atau bar wireless laptop memaparkan 'no network coverage'. bukan gitu?

alkisah, jangan pula diguna sesuatu medium ini tanpa mengira akibat yang bakal mendatang, ya, akui anda pernah melakukan kesilapan, ya, saya sendiri selaku manusia biasa mengaku, banyak kesilapan yang saya lakukan. tapi, ambil lah iktibar dan pengajaran, bukan sekadar untuk diri sendiri, untuk saudara kita sekeliling. istilah sahabat? semua sahabat kan?

tapi, terkadang, kita alpa, gurauan, ada batasnya, bersahabat, pun ada batasnya, muslimin dan muslimat. demi menjaga hati saya tidak menulis yang benar... TIDAK SEKALI KALI... gambar gambar yang terpampang di laman ini, laman sosial yang tiada batasannya,  tidak perlulah kamu memapar kemesraan  antara golongan yang masih haram hukumnya untuk bersama. HARAM... Naudzubillah... sedarlah, hakikat hidup ini, kelakuan kita perlu dibatasi...tak guna ilmu di dada andai hanya diguna ketika berbicara, tahu hukum pergaulan tapi pengamalan dalam kehidupan seharian?? istilah tepat?? hipokrit  dengan ilmu diri sendiri, bukan dengan orang lain.

jangan pernah saat ditegur, dinasihat, kita berpaling meludah orang yang menasihati. kurang ajar? ya, kurang ajar. agak keterlaluan, apabila saya menasihati kawan, dan kawan itu menoleh mencari kesilapan saya untuk diungkap semula, ya, terasa. dan respon, senang, saya nasihat ikhlas, beringatlah, kerana saya  rasa apa yang awak lakukan, boleh mendatangkan benda yang tidak baik. status, kalau ada ym misalnya, semua orang yang  berada dalam list boleh melihatnya tanpa suatu halangan. betul?

terasa? ya, saat gurauan yang difahami suatu masa dulu kini diguna kembali untuk dijadikan belati untuk menghiris diri. ya, inilah perumpamaan. untuk bersuka hati, untuk menghibur diri, bolehkah kita melakukan sesuatu yang mengundang dosa? ingatlah, niat tidak menghalalkan cara... say terpegun, bagaimana seorang sahabat yang pernah dulu rapat, kini sewenang-wenang berpaling muka mencuka.

mungkin saya hanya teman bergurau buatnya, ya, manusia memang begitu, teman ketawa di mana-mana, tak perlu bersusah payah berpenat lelah mencari. teman menangis??? susah nak jumpa. jangan sesuka hati melampiaskan kegeraman, keserabutan kekusutan fikiran kepada sahabat, orang sekeliling sesuka hati. ingatlah, kita semua ini manusia biasa, fitrahnya, bila ada yang sesuatu yang menyedihkan, mereka terluka. sekali? mungkin boleh dimaafkan, tapi, bila berkali2 masih tak berubah, masih sama, bila dinasihati, kita pula yan g dimaki? dah... buatlah apa yang kau suka, buatlah selagi mampu, dan aku?

aku akan menjauhi, kau faham? kenapa? kerana aku tak mahu lagi dilukai, ya, itu alasanku, agar kau tidak lagi membuatkan aku terasa, kau  tidak semakin  menduga sabarku, agar kau bahagia dengan caramu saja. biarlah... kalau takutkan ombak jangan berumah di tepi pantai kan?? aku biarkan kau dengan cara kau, sudah, aku bukan bahan atau tempat yang sesuka hatinya kau nak menghambur kekusutan kepalamu. pergi, aku tidak perlukan kekusutanmu, aku tidak mahu kau sakiti lagi hati ini. dan sejauh mana mampu kau berlari andai setiap derap kakimu itu kau melampias duri berbisa kepada sahabat yang cuba menolongmu?? aku bukan orang mampu bertahan disakiti begitu.

aku mampu melangkah pergi, tapi masih ku nasihati dirimu, kau?? degil. mungkin itu ungkap kata sesuai untukmu. biarlah, semoga akan ada saat ketika, kau sedar akan kesilapanmu.  sudahlah, ku berharap, agar kau tidak menghambur amarahmu pada orang lain sekelilingmu, yang mungkin juga akan terluka kerana tusukan jelinganmu, hirisan katamu....jagalah dirimu.

Tuesday, November 2, 2010

hari ini

hari ini...
seperti selalu...
aku memandang dirimu....
kau pandang tempat lain..
aku sedih, konon aku mengeluh...
kau buat tak dengar...
aku buat lawak...
kau diam...
aku ajak keluar makan...
kau diam tanpa kata...
aku keluar, kenapa??

pulang dari makan,
kau masih disitu...
kaku tanpa kata...
kelu dari bicara....
sekali lagi..
aku mencuba nasib...
kenapa sayang??
kau masih diam...
aku pun diam...
nak cakap apa??

aku berteleku di meja...
merenung laptop...
hatiku padamu..
mataku pada laptop...
aku menoleh...
kau masih diam..
kau masih kelu...
huh...
keluh hatiku..

akhirnya aku mengalah....
aku tak akan biarkan kau sendiri walau apa yang berlaku.....
kau tetap akan ku temani...
kerana aku kekasih kekalmu...
akulah pemujamu...
HAHAHAHA
ya...aku mencintaimu..
aku menyayangimu...
aku mengasihimu...
ya...
dan demimu...
aku mengeluarkan wang beratus harga...
berebutkan dirimu...
agar akhirnya...
namaku bertakhta di hatimu...
helaian hatimu hanya untukku...
ya...
akulah pemujamu...

dan....
aku berjanji padamu...
aku tidak akan membiarkan....
setiap luahan hatimu...
terbang dibawa angin lalu..
kerana bisikanmu merdu...
bak kicauan beburung...
merdu di hatiku...

kerana aku...
mencintaimu...
setulus hati seikhlas bicara...
hanya padamu...
duhai kekasihku...
hanya padamu...

duhai buku bukuku......

Thursday, October 28, 2010

Tiba-tiba...

malam dah larut, mataku berpinar-pinar nak menelaah lagi..maklumlah, esok ada exam.. huh...Subhanallah,penat jugak...sedang aku asyik menarikan jari jemari di landasan keyboard tersayang, tiba2 aku terfikir, bila???


-bila apa? 


-bila lah aku nak hantar mak ayah aku g haji, umrah??mampukah??


-bila lah aku boleh beli apa2 yang aku nak dalam hidup??


hurm... teringin jugak, dan bila aku tengok mak ngan ayah bahagia dari aku kecik sampai dah dapat cucu sekarang, aku terpikir lagi...bila...


-bila lah aku nak jumpa calon suri dalam hidupku...


-bila lagi..


-bila apa? bila lah aku nak dapat anak?


-bila apa?bila lah aku dapat nak jadi imam  sembahyang berjemaah bersama anak-anak ku dan isteriku?


-bila lah aku nak merasa ajar anak-anak aku mengaji, bertadarus dengan isteriku, bertadarus dengan ayah dan mentuaku?


-bila lah aku nak merasa betulkan kopiah dan baju anak-anak aku...


-bila lah aku nak merasa mendidik anak-anak macam mak ngan ayah didik aku sampai aku jadi manusia macam yang hari ini??


-bila lah aku nak tengok anak-anakku berjaya dalam hidup...


-meng akad nikahkan anakku...


-bila lah aku nak timang cucuku...


-bila lah aku  nak tengok anak  cucuku balik kampung nak jenguk aku ngan isteriku...


-bilalah aku nak jaga isteriku saat dia sakit? jaga anak-anak sakit??


-bila lah...


"hoih man! tak nak tidur lagi?"


melihat aku kaget dan terkejut, manan tersengih, dia menepuk-nepuk bahuku, 


"berangan nampak kau nih... dah2 pergi tidur.."


aku tersenyum, Ya Allah, huh, jauh aku berangan, sampai terbayang aku dah tua, bongkok, uzur... MasyaAllah, aku membetulkan duduk, menyambung apa yang patut, sesekali aku menoleh, manan sedang mengadah tangan, berdoa sebelum tidur... kebiasaan manan, tidur, dan Alhamdulillah, dia akan bangun berQiamullai, dan aku akan diajak bersama.. manan, sahabat yang banyak mendidikku untuk lebih mencintaiMU... Alhamdulillah... dan kini manan sudah terlelap. aku tersenyum, manan manan....


seusai agendaku, aku menuju ke tandas, dan berwudhu', sekurang-kurang nya, andai Malaikat Izrail datang menjemputku, InsyaAllah aku dalam keadaan berwudhu'... (InsyaAllah...itu pun kalau wudhu'  ku tahan). sekembali aku ke bilik, manan sedang mengurut dada... 


"aduh....Ya Allah... aduh...."


"manan!!!Subhanallah..."


aku kaget merapati manan, ku urut- urut belakangnya,  terus aku menyelongkar laci meja manan, mencapai ubat hospital dan minyak angin.. aku terus mengurut belakang manan dengan minyak angin ketika manan menelan 2 biji pil yang aku tak pasti akan namanya... muka manan berkerut-kerut menahan sakit, Ya Allah... aku sangat kasihan akan manan, tapi aku hanya mampu memandang, menolong setermampuku... kira-kira 20 minit lamanya, barulah manan nampak lega sedikit. manan berbaring dan tersenyum padaku. 


"terima kasih sahabat... syukran jazilan... Alhamdulillah, lega sedikit... "


"Alhamdulillah...kau tidur lah. rehat.. kalau ada apa2 nanti kau kejutkan aku ye."


"InsyaAllah..."


aku berbaring di katilku, menghadap manan. dalam keuzuran itu, manan masih mengadah tangan berdoa, sebelum perlahan-lahan memejamkan mata.. air mata lelaki ku menitis. manan, sahabat baik semenjak aku mula menjejak kai ke universiti ini, merupakan seorang yang jauh teramat baik berbanding diri ini, walau tanpa ibu dan ayah, manan tetap tabah, tetap kuat menghadapi dugaan,  sangat tegas, dan lantang bersuara tentang Agama...  sangat baik peribadi manan pada mataku... aku terdorong untuk menjadi sepertimu sahabat, masih bertahan dengan penyakit yang tidak pernah diceritakan padaku meski berkali-kali ku bertanyakan tentang itu.. 


aku menukar posisi, lampu meja memang sengaja aku biar terbuka, semenjak kejadian pada semester satu tahun pertama dulu, di saat aku sedang terlena, aku terdengar suara mengerang kesakitan, aku mula membayangkan cerita-cerita hantu yang pernah aku tonton bersama abang-abangku di rumah... aku mula menggigil saat suara itu makin jelas kedengaran, dan aku terdiam saat aku mendengar manan memanggil namaku..  dengan bilik yang ku biar berselerak sebelum tidur dek menyiapkan model bangunan untuk pembentangan keesokannya, aku hilang arah dalam kegelapan malam, dan aku terpijak model bangunanku dalam aku teraba mencari suis lampu...  model itu hancur dek berat badanku ini yang seperti gergasi menghempap  bangunan dalam cerita ultraman yang pernah ku tonton dulu.. dan malam itu manan di bawa ke hospital oleh felo, aku menemani manan sepanjang malam, esoknya, aku tidak ke kuliah untuk pembentangan... nasib ku agak baik kerana prof memahami kisahku, dan aku diberi tempoh untuk pembentangan... bermula saat dan detik itu, aku tidak menutup lampu meja sebelum tidur...


hah... Subhanallah... apa yang aku angankan sebentar tadi kembali menjelma, hmmm... MasyaAllah, jauh betul anganku, tapi, soalnya, sempatkah aku untuk merasai saat dan detik itu, ajalku entah bila kan tiba... maut bakal datang menjemput.... MasyaAllah... ampuni hambaMu yang hina ini... Subhanallah.... dan aku mengadah tangan berdoa sebelum tidurku...

Monday, October 25, 2010

sekadar renungan bersama...


huh..kami couple islamic.. owh, bunyinya macam bagus, macam cara halal...kan??tapi kalau dah namenye couple...tetap haram. hubungan seperti yang digembar gemburkan, cth: couple islamic, tapi kalau dah bercouple tu tetap tak boleh.. nak kasih sayang? 

sebut kes pertama:mak ayah saya sibuk, tak pedulikan saya, 
sebut kes kedua:mereka merestui... 
sebut kes ketiga:alah..bukan nye pegang tangan, tak buat pape pon..
sebut kes keempat:kami tak berzina, kami cume naik motor je same2(Ya Allah..boleh naik lagi sorang kat belakang tu ha) tu, kes buang anak lah ape lah. kire kami ok lah..
sebut kes seterusnya:eh!!nak tegur orang. awak tu baiik lah sangat!!

semua sebutan kes di atas, tak ada satu pun yang valid nak halalkan awak bercouple.niat tak menghalalkan cara. nak buat cara nak. 
yang lelaki, kalau dah sampai masa, udoh2 le duk mengusik anak dara orang memanjang, usik sana usik sini, pilih yang betul2 berkenan, dah tu?tak reti2 nak masuk meminang?
yang perempuan, udoh2 le duk main2 je dalam hidup.. main2??? jeng jeng jeng..batu seremban?batu selangor?bukan...sudah2 lah..jangan duk couple sana sini. yang tu nak, owh kesian, saya sanggup... yang tu pulak?? emmm, kesian jugak..yang lain plak..hua...saya kesian semua orang nak kat saya... saya sanggup semua lah...jangan buat macam tu. balik, cakap kat mak, ayah suruh carikan pasangan, biar yang halal betul2 halal lah...

hurm.. kes bertunang pulak, haisyh, bertunang, ye betul, tapi belum tentu jadi...kalau bukan jodoh, esoknye majlis menikah pon boleh cancel last minute, jgn lah duk senang2 nk buat macam dah berkahwin, naik motor same2, jumpe, telefon malam2 buta...sampi rumate kat sebelah mendidih telinga.. awaaaaaaaakkkk.....sampai ke subuh pon tak habis... jangan.....

nak pilih jodoh, buat cara betul, pilih yang layak untuk dijadikan calon orang rumah...bukan babu di rumah plak..yang penting, ingatlah... hidup di dunia ni tak lama,sampai masa yang ditentukanNya, matilah kita. dikafankan,disolatkan, dan, dikuburkan... mati tak menunggu untuk kita bertaubat... ajal tak memberi amaran... kalau tengah asyik2 duk dating kat Taman Tasik Cempaka tetibe mati...

-owh, kesiannya aweks die, nangis2 kat situ pak we die mati...

tup2, minggu depan dah berpengganti, kita yang mati neh?? matilah kita sorang2, dalam kubur sorang2... belum dikira amal.. macam mana ngan mak ayah kita mase kite hidup, kita layan mak ayah macam mana?? kita layan adik beradaik macam mana??? saudara seIslam kita?? 



sebelum penyesalan tak berkesudahan itu tiba, baik kita hindarinya.. ni bila dah mabuk kepayang, sampai gila bayang, ngan mak ayah nk lawan, yang betul die sorang, ngan adik beradik?? hurm... tak layan... yang penting..kini aku dah tak kesepian....

saling ingat mengingatlah antara kita, jangan sampai kerana perbuatan kita, ada yang terluka, terutamanya kerabat keluarga, luka fizikal boleh sembuh, luka hati??berparut... walau dah maafkan, masih berparut... 

Sunday, October 17, 2010

lama ku nantikan...

sunyi, memang kalau time2 macam ni sunyi lah... hmmm, aku mengerling jam tangan guess cap down town ku, pukul 3 pagi. huh, seram.. enjin motor ku hidupkan, ish.. kenapa tak nak hidup plak nih.. please3.. jangan buat hal time nih, setelah hampir 11 minit, ahhh, hidup jugak kau ni. sambil tersenyum, aku membaca doa menaiki kenderaan, dan perjalanan pulang ke kolej ku bermula. sememangnya fakulti ku kedua paling jauh, dan, aku tak kisah. hmmm, shortcut, dan aku terus membelok ke kiri, shortcut, ya, tapi, meredah jalan hutan yang agak2 ada tar dah.

sedang dalam perjalanan, tetibe aku teringat lagu yang aku gemari. dan aku menyanyikan lagu tersebut untuk menemani kesunyian perjalanan, di samping enjin motorku yang turut bernyanyi girang. tup2, ada kabus tebal kat depan. hmmm, sejuk tetiba, sampai menusuk tulang, ok, redah je lah. tak de masalah kan? dan aku meredah kabus tebal, serasa, aku mendekati dinding simen bercat putih, sangat tebal, adui...

tetibe, terasa nak menoleh cermin sisi, dan aku menoleh ke kanan, hah?! sape tu?
dari apa yang dapat ku tafsirkan malam itu, aku nampak macam seseorang, duduk di seat belakangku. aku tengok lagi, betul2, memang ade, huh, ape hal lak weh, naik tak mintak... ape lagi, aku pecutlah sehabis boleh, dan aku terlupa, kawasan itu berbukit.

motorku laju, berlari kencang, deru angin terngiang di telinga, dan budak itu masih di belakangku. pandanganku tidak lagi pada cermin sisi, tapi pada jalan di depanku, YA ALLAH!!!! motorku menyenget, macam nak merempit, turun bukit laju, dan membelok, jantungku berdebar kencang, brek tak berapa nak makan sebab laju,  Subhanallah, selamatkan aku....
akhirnya motor ku berhenti, Alhamdulillah, selamat, dengan debaran yang masih tersisa, aku menoleh lagi. dah,seseorang tu dah tak de, jalan lah, dan aku meneruskan perjalanan hinggalah aku kembali ke jalan utama dan pulang. 

setiba di kolej, aku memeriksa tayar, ok, enjin, ok, brek, ok, Alhamdulillah.... aku menoleh sekeliling, sunyi, tiada suatu apa pun yang kelihatan. langkahku menuju ke bilikku, jantungku masih berdegup kencang, Ya Allah, nyaris accident, takutnya...

setiba di bilik, aku tak dapat tidur, asyik terbayang sape belakang aku tadi... argh.. aku ade kelas esok.. tido2.. tanpa ku sedar, aku terlena. dan aku kembali berada di atas bukit tadi;kali ni, aku berdiri di bahu jalan, kenapa plak? anehnya, aku seolah menanti sesuatu. dan tetibe, seorang gadis hampir sebayaku menghampiriku, die mamandangku dengan marah. tapi wajahnya jelita, manis, aku tersengih.

-adik tunggu sape?
-lama ku tunggu...

hanya itu yang dijawabnya. hah?! aku menggaru kepala, apa hal? dan ku lihat, sebuah motor meluncur laju di depanku, penunggangnya, lelaki, pemboncengnya, perempuan, laju betul, dan tetibe motor tu terbabas, betul2 di depanku, dua2 tercampak, dan motor itu terbabas ke arahku, panik, aku menjerit dan cuba berlari.tapi aku tak berdaya.

sedar2, aku berpeluh2, jam menunjukkan pukul 5 pagi, Alhamdulillah, sempat jugak bangun Qiamullail....
aku ke kuliah seperti biasa, dan terdetik hatiku untuk menceritakan perihal semalam kepada seorang seniorku sewaktu kami makan bersama. dengan selamba, dia tersengih, dan ketawa terbahak2 diikuti teman2nya. aku turut tersengih, kenapa plak ni?

-tu lah aida, malam2 memang orang tak lalu situ, kamu ni berani sangat, tempat tu memang keras, tambah2 malam, naseb baik tak kena pape, dulu kak jue pon macam kau jugak, tapi bile da kena sekali cukuplah... 
-saya, tak paham lah kak jue.
-tahla, sejauh mana betulnye cerite ni kak jue tak tahu, tapi dulu ade kes accident kat atas tu, betul2 dekat bukit yang atas tu. yang accidentnye pasangan cina, mayat diaorang, esoknya baru jumpa sebab tak de orang lalu lalang situ kalau malam, lampu jalan pon tak de. len kali jangan lalu jalan tu, tak yah nak short cut. lalu jalan biase ni dah. hah.. jom balik.

dan aku menuruti langkah seniorku beserta kumpulannya, sepanjang perjalanan, aku terpikir, dan ayat gadis cina semalam terngiang2 di telingaku, 

---------lama ku tunggu...


Monday, August 23, 2010

learning about euthanasia...

Euthanasia
Having someone dearest to you fell ill, and later you are informed that the person is going to need medical helps in order to be able to breathe in this world beside you. You are trying hard to help motivating yourself and the person you love from giving up in life and someone came to you, telling you, your dearest one is in great agony, perhaps we should free them from the misery that they are facing. What would you do?

As for me, I am firmly standing onto the belief that as long as I am still breathing the same air with the person, there will be nothing that can make me choose to end the life of the person, though people say that it is hopeless. Life is a gift, a blessing, and we should respect people’s life.  The ability to be able to be someone who could be the one standing when standing is not easy is going to need someone else to lean on to when you need help
.
Euthanasia, or taking life voluntarily is God acting like, besides, who are we to decide either other people’s life is already enough or not? Try to think as someone with feelings, not speaking as someone with no heart, no one will want to see the person we love in agony, yes. But, what is being done while the person is still around is what means so much.

Disagreement is all I have to say about euthanasia, as it is so unfair for the family, and the victim itself. No. let the person spend the remaining time he or she still have by letting them be with the family or friends is something that could help the patient so much in developing  their spirit when they sometimes got down.
So no, say no to unplugging the life support for the person you love, and start enjoying the life we are still blessed to have him or her, still besides us, just not that in the way they used to be before, but it is a way that we can show them our real love for them. Say no… to euthanasia.

Saturday, May 22, 2010

LOOKING FOR A SMILE

it suddenly occured to me that its getting harder to keep myself on the track that i drew before, and as long as i remember, i havent been able to draw a new line, a new border, or even a new perspective in my life. most of the times, i almost forgot, not everything that i wishes for is the best for me, as only Allah SWT know what is the best for all of us, Subhanallah... :)
(D PIC OF MASJID CRYSTAL DURING A VISIT THERE)


life in high school, in matriculation, and in university is totally a very different thing. i always told myself, i will never change myself, but in the end, as i look back, there are things that changed so much about me. but, Alhamdulillah, Allah SWT still bless me with the tender love and care from the family i have, thank you Ummi and Abah, also Kak Ah, Kak Ja, Abe, Tihah, and Adik.but its not my life i would like to share with you today, its about the changes that you will see as you go through this life, and i think, it thought us to think and decide.

when u set your feet to a place where you never actually been there, and you know that you are on your own there, perhaps these thoughts will be in your mind. i need to setle up with these new people i met, have to get adjusted in this new environment, have to make my own history, and have to adapt to the situation. yes, these are among the questions that fill my heads as enter university, alone, far apart from my siblings and my parents, and i dont have anyone here. but, as we all know, we often forget the fact, there isnt a single times when we are really alone, anywhere you are at anytime anyhow, Allah SWT is always watching you, always Know ans Saw whatever you do.
(A VIEW BY THE LAKE...)

living in place where there is full of theft doesnt mean that to be accepted in them, you also become one. no it is not right. you are who you are, and you know what is wrong and what is right. you will see lots of different people as you goes through the journey each day in your life. you will the kind that seems nice, but once you get to know them, you wish you hadnt, the kind that look quite and arrogant, and once you become friends with them, you feel happy to be around them. life is NOT A GAMBLE, many said this then would laugh out loud, no, its not, life is a gift from Allah SWT, and neither we realize it or not, as we go through this life, many things has been learned through our pasts experience, and that is what that make you who you are today.

and, even though you have many friends, it doesnt mean that all of them are kind and good, some just love to share the laughter, and some, ready to share the laugh and the tears that you have, but the second case is a very rare case. remember, many youngsters nowadays got influenced be their friends to do bad things, that in the end once they got in trouble, they will find themselves alone, without the friend that thought them to be bad. see? friend will just remain friends, not more than that, especially for those who didnt like to see you becoming just you, and perhaps, they will try to make you change the way you lead your life. they might say that you are leading a very boring life, about wasting life for not venturing here and there, that your clothes that  you wear is not trendy, and the most importantly, not socialising with the people around you. being someone who cares for their attitude and the way of your own life, at first might cause you some pain, but later, though it took times, people will start to see you, for who you really are, dont change yourself to be one of them, to feel accepted in a community, we are friends, but you have your own life, and i do have my own life, as its the best way to live and survive in this whole new environment.

but remember, the more friends that you have, actually gives you more knowledge, and experience, which is the most valuable teacher in life. take up the good example, throw away the bad influence, its just that you have to try to be a good person, as you goes though life, all of us, we learn, we experienced, and we decide and also, remember, we are blessed with the ability to think, what is good, what is wrong. though there are times that you thought, is she doing the right things, though its clearly wrong, as she seems so happy doing that, just remember one thing, when someone smile, its not necessarily they are happy, and when they cry, its not necessarily they are sad. behind every smile lies a secret that we didnt know.

Sunday, March 14, 2010

Pertama atau yang kedua


SALAM UKHWAH,SALAM PERJUANGAN....

-intan!!nah...hadiah teddy bear ku berikan padamu kerana ku tahu, teddy ini layaknya hanya     untukmu...
-apa....owh...aku terharu duhai mutiara...tapi....

terdiam saat ditawarkan sesuatu yang telah kudambakan sekian lamanya, setelah banyak yang aku lalui untuk melayakkan diri sebagai seorang pemimpin yang baik, bertanggungjawab, tahu mengendalikan masa, serta mahir dalam setiapperincian tugasanku... namun, walau dalam pedih dan pilu, ku melepaskan genggaman tanganku dari terus menarik apa yang kuidamkan itu ke pelukan....


-intan,ku tahu hanya kamu yang sepantasnya mendapat teddy ini..
-...ya..aku tahu itu andaian mu semata... jauh didasar hatiku, sukar untukku melafazkan kata-kata ini mutiara...

mungkin, akan ada yang menudiNg jari, mengatakan aku ini mementingkan diri, sombong, atau apa sahaja, teruskanlah, tidakku mampu mengenali serta memahami diri sebenar-benar dirimu duhai sahabat sahabat yang berada di sekelilingku, betapa saat ini, andai kau masih tidak berpuas hati akan apa yang aku putuskan di saat ini, aku hanya akan tersenyum, dan berkata, InsyaAllah, kau akan mengerti apabila tiba saatnya nanti, mungkin kau akan berada dalam situasiku, namun, ku harap agar ia tidak berlaku, kerana ku tahu akan keperitan menerima tuduhan serta pandangan serong masyarakat sekeliling..



aku terlalu menghormati dirimu pada suatu saat dahulu, namun, semakin hari semakin  aku keliru akan identiti dirimu yang sebenar, siapa dirimu, apa pegangan hidupmu, apa matlamatmu, serta, yang paling utama, apa tujuan mu... mencari sahabat sebenar-benar sahabat, atau sekadar mempergunakan apa yang telah dikurniakan Tuhan padamu untuk menarik hati ramai orang demi kepentingan diri? sungguh, aku ini tidak mengerti, dari aku terus membuat andaian tersendiri, kiranya lebih baik aku menjauhkan sejauh-jauhnya air kopi daripada air mineral, kerana aku bukan insan sempurna, bukan banyak pun ilmuku tentang hidupku ini, aku masih lagi belajar untuk hidup di dunia ini.... 




hmm...mungkin masih kabur di sebalik bayangan kekeliruan seawal pembacaan, kerana tidak berterus terang, dan akibatnya , ramai pula yang bersangka buruk... jika, apa yang mungkin terlintas di benak kalian artikel ini mengenai percintaan, atau kisah sang kekasih beroleh hadiah daripada pujaan hatinya, maka, pendapat itu sudah salah...dan aku percaya kalian tidak terfikir akan andaian sebegitu bukan? kerana hati2 kalian ini jujur, dan tulus dalam menghargai keikhlasan sesama saudara.. Amin...


kisah pertanggungjawaban insan, bagiku, sejak di bangku sekolah, perkara ini jelas menjadi sebahagian daripada hidupku, dalam persatuan, dalam kelab, dalam pelajaran, dalam pertandingan, dan yang paling penting, dalam menggalas gelaran selaku anak yang diimpikan agar menjadi yang Soleh solehah pabila dewasa kelak...Amin...Amin Ya Rabbal Alamin...


ku cintakan keamanan. ku cintakan kedamaian, ku juga cintakan keikhlasan, mengapa sukar buat mu untuk berlaku jujur, mengapa sukar melafaz kata-kata kebenaran?cuma adu dan domba sahaja yang kau ertikan. saat kau di depanku, kau tersenyum, kau tertawa, kau bercerita, kau mendengar kesedihanku, kau menolong menenangkan kesedihanku, tapi, bila kau di belakang ku...


-apa, si dia itu ya...apa kau tidak tahu dia itu punya masalah saja, masalahnya, banyak sekali, mahu aku ceritakan?..ya...mari-mari dengar cerita keburukan dia,...bukan...aku bukan apa...sebenarnya aku kasihan pada kamu kerana bersahabat dengan si dia yang berperangai seperti itu...hanya aku yang tahu tentangnya....(dalam nada pelakon zaman 80-an)

hmmm... saat teman yang lain menceritakan ketidakbenaran yang kau tokok tambahkan, aku tersenyum, tidak mengapa, aku sangat berterima kasih kerana meluahkan pandanganmu tentangku sebegitu rupa, betapa hancur hati ini, namun, biarlah...ku berharap,, kau akan sedar...

saat aku beroleh teman yang ku sangka berjiwa besar, aku gembira, kau menceritakan kelebihanmu dalam melaksanakan semua tanggungjawabmu, dan terus menceritakan tentang kelebihanmu, namun, pabila kita berganding bahu menjalankan amanah yang diberikan bersama, ternyata, kau banyak aneka, banyak cerita, dan akhirnya, aku mengangguk sendirian kerana kini aku mengerti, kau... GAH BICARA DARI MELAKSANA... Subhanallah, malah, kelemahanku, kau gunakan untuk mengutukku di hadapan insan lain di saat aku tiada di sana...apa salahku padamu teman?tidak mengapa, ini sekadar ujian untukku, di masa-masa kan datang, aku tidak akan lagi mengulangi khilafku ini...InsyaAllah...

teddy yang ku ceritakan seawal cerita ini, umpama sebuah tanggungjawab yang indah dipandang, yang menjadi idaman ramai orang, dan, sebetulnya, adakah kau akan mengambil teddy itu hanya untuk bersuka-suka, tidakkah kau menghayati erti amanah akan tanggungjawamu? erti melaksana serta merencana? kronologi yang dapat ku lihat...

  • pertama:kau terima saja teddy itu, kau bawa kesana ke mari dengan bangga, kau menunjuk kelebihanmu kerana dipilih untuk menerima teddy itu, dan, setelah kau sedar, teddy itu perlu dibasuh, dikeringkan, di wangikan, dijaga agar tidak kusam , kau akan merungut, ahhh...aku sudah cukup berpuas hati berbangga-bangga dengannya sahaja, masih ramai yang boleh ku minta membersihkan kotoran, mengeringkan, mewangikan.... merekalah yang akan membuatnya, mengapa aku... jika tiada..aaaahhhh...akan ku biar teddy itu berkulat sepanjang penjagaanku..biarlah, kalau ada yang marah..akan ku katakan...ini bukan salahku, mereka-mereka itu yang tidak mahu membantuku menjaga teddy ini...aku sepenat daya menjaganya... malangnya...ia berkulat dan buruk juga...memang dasar mereka-mereka yang tidak boleh diharap....
  • kedua:kau terima teddy itu dengan penuh keinsafan, semangat yang berkobar untuk menjaga, membersihkan, serta mewangikan teddy itu sentiasa, dan kau berasa takut jika kau tidak amanah pada apa yang dipertanggungjawabkan padamu, lantas kau akan berusaha menjaganya, walau tanpa sokongan mereka-mereka, kau akan cuba berusaha walau kau kepenatan...kau akan pastikan bahawa, suatu hari nanti, kau tidak akan cacat kerana menjaga teddy itu, malah, kau berjaya, dan teddy itu nantilah yang kau juga akan banggakan di saat kau bergelar graduan berjaya, bersama kejayaanmu menjaga serta usahamu mempastikan teddy yang di amanahkan padamu tidak kusam serta buruk pada pandangan orang lain...teddy serta ijazahmu itulah yang akan ke PENTAS GRADUASIMU!!!

fikir-fikirkanlah...kerana fikir itu pelita hati...lantas, mana yang kau mahu..PERTAMA.... ATAU YANG KEDUA????