welcome to CantStopSmilling Blog

Always be grateful of what Allah SWT have blessed us with throughout our lives...
Appreciate those who hates you, as without them, we could not become stronger in life..
Treasure those who loves you, as their love can always cherishes you when you're sad...

Wednesday, December 29, 2010

lafaz yang tersimpan.

Nasihat Luqman al-Hakim
Surah Luqman ayat 14 – 15

 Maksudnya;
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) [14].
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan [15].

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pagi itu, aku bersiap untuk ke sekolah seperti biasa, buku rekod murid2 ku tersusun rapi di atas meja, keputusan peperiksaan kini di tanganku. akan ada nanti yang bakal ku ceramah.. ada kalau yang bagus tu baguslah, kalau yang main main tu? haih... naik geram, kesedaran mereka cetek agaknya. aku berlalu menuju ke ruang tamu.

-abah...kakak tak nak gi sekolah.

aku menoleh, hah? kenapa pulak? aku tersenyum memandang telatahnya, berbaju kurung, kain baju kurungnya terseret di lantai. bibirnya memuncung panjang, rambutnya kemas tersikat.

-kenapa kakak tak nak gi sekolah ni?

-stoking kakak hilang...

dan sisa air mata masih bertamu di matanya. aku mendekati anak sulungku, Aisyah.

-mari abah carikan, dah jangan nangis, pakai kain ni dulu, tudung kakak mana?

aku mecium pipi halus anak yang aku cintai, sambil memakaikan kain sekolahnya. muka Aisyah ku basuh sedikit, menggantikan bedak yang comt kerana tangisnya. Aisyah menikmati sarapan yang telah ku sediakan, sedang aku mencari stokingnya di ampaian. ada, haih, sibuk memeriksa kertas dan menyiapkan buku laporan murid2 ku, aku terlupa menyediakan stoking Aisyah seperti selalu. aku tersenyum, seketika, hatiku sebak.

setelah menyiapkan Aisyah dengan stoking dan tudungnya, aku mengambil beg sekolahnya, beserta beg ku sendiri. dan aku menghantar Aisyah ke sekolahnya. Aisyah menyalami tanganku dan melambai manja ke arahku sebelum berlari menuju ke kelas. luluh hatiku.

-bai abah! Assalamualaikum!

berbekalkan suara manja itu, aku meneruskan tanggungjawabku sebagai pengajar di sekolah menengah yang tidak berapa jauh dari sekolah anakku. usai waktu persekolahan, aku menunggu di bilik guru. seketika,  Amin, pelajar yang tersangat nakal dalam kelasku duduk berhadapan denganku. aku menatap wajah Amin.kerja sekolah yang diberikan, tidak pernah disiapkan. setiap kali peperiksaan, nombor tercorot, disandang jaguh lumba lari ini. lumba lari dengan aku sendiri, berkejar melihat amin melompat pagar untuk ponteng.

-ayah kamu kerja apa amin?

-............

-amin?

amin masih tertunduk,  memulas-mulas ranting di tangan, pakaiannya lusuh, rambutnya serabai. kenapa budak ni..hatiku terdetak rasa marah. tapi, tak sampai dosanya untuk ku marahi.

-amin, jawab apa yang cikgu tanya.

-ayah saya tak ada.

aku terdiam. keliru, maksud tak ada??

-amin, bagitau cikgu elok2, cikgu dah tua, susah nak faham.

-ayah dah meninggal.

aku terdiam. hmmm..

-mak kamu?

-mak...mak sakit...

dan saat itu juga, air jernih membasahi pipinya.

-abah!!!!

Aisyah berlari mendapatkanku, aku berterima kasih kepada rakan seperjuanganku yang menolongku untuk menjemput Aisyah petang itu, setelah menyalamiku, Aisyah berlalu untuk bersama Suraya, teman sekolahnya, yang juga anak kepada rakanku itu. mereka girang bermain. teringat saat kecilku, berkejar-kejar sehingga pernah dirotan ibuku kerana terlalu nakal. ibu..

-amin, mak kamu sakit apa?

-sakit tua.

aku kaget, amin masih tertunduk di hadapanku, aku mendekati amin, menepuk bahunya, dan amin memelukku..aku tergamam, amin, pelajar yang nakal di dalam kelasku kini sedang menangis.

-sabar amin, cikgu akan cuba tolong kamu.

amin diam tanpa kata. dan dapat ku rasakan air matanya tertumpah di bajuku. aku sayu. sedih. aku memberikan kata2 nasihat dan perangsang semangat kepada amin, dan aku memandangnya dari kejauhan, saat amin mendorong basikalnya yang sudah usang dari garaj basikal. aku teramat bersimpati akan amin. diam2, aku menuruti kayuhan basikal amin dari jauh, sehingga tiba di kawasan perumahan yang mewah.  aku mula sangsi.. Aisyah yang sedari tadi petah bercerita akan perihal kelas mewarnanya diam..lena... aku tersenyum melihat Aisyah dibuai mimpi, aku memerhatikan dari jauh, amin meletak basikalnya di satu penjuru di bawah pohon rendang di luar kawasan rumah, dan hilang ke belakang kawasan rumah mewah itu. amin?? kamu tipu cikgu kah??aku mendekati kawasan rumah itu dengan keretaku, seketika, kelihatan amin keluar, berbaju lusuh, membawa penyapu,lantas membersih kawasan koridor rumah, aku memerhati tanpa henti, selepas satu, satu yang dikerjakan si Amin.

tiba tiba keluar sepasang suami isteri, masing2 berpakaian mahal, menuju kereta mercedez yang terparking di halaman rumah. si isteri menunjuk-nunjukkan jari ke arah pagar rumah sambil mulut membebelkan sesuatu, mukanya bengis. amin menunduk. dan kemudian, keluar seorang wanita pertengahan usia memarahi amin, pakaianya bukan sepert pasangan suami isteri itu, lusuh, mukanya kepenatan, memohon maaf. si suami kemudian mengisyaratkan masa kepada si isteri dan mereka berlalu pergi. kelihatan amin membantu wanita pertengahan usia memasuki rumah kembali. dan amin meneruskan kerjanya, membersihkan kawasan rumah tersebut.

kini aku memahami, dan simpatiku bertambah.

-abah..kakak lapar...

aku terkejut, Aisyah sedang menggosok matanya, aku tersenyum, dan sekilas, aku melihat amin bersama penyapu itu sebelum aku memandu pulang. setelah makan, aku berehat seketika sambil memikirkan apa yang telah ku saksikan sebentar tadi.dan malam itu, seperti kebiasaan, aku mempersiapkan Aisyah untuk keluar. Aisyah sibuk melukiskan sesuatu, dan mulut comel anakku menceceh sepanjang perjalanan menuju destinasi. setiba di destinasi, kami menuju wad bersalin...

-umi umi umi!!!!!

-Aisyah....

isteriku tersenyum girang memandang Aisyah... girang hatinya, meski dia kelihatan pucat dan lemah.setelah bersalin, Masyitah mengalami komplikasi, dan terpaksa menjalani rawatan susulan.ibu mertuaku tersenyum memandang cucunya melompat-lompat kegirangan. sungguh, telatah Aisyah menghiburkan kami. aku mendekati Muhammad Hakim yang tidur di sisi isteriku, lantas meraih Hakim ke pangkuanku.sepanjang masa aku di hospital, wajah amin masih mengusik hatiku. sebelum pulang, aku menceritakan perihal amin kepada ibu mertuaku.wajah ibu mertuaku mencerminkan simpati. setelah waktu melawat tamat, aku membawa Aisyah pulang. dan aku menyelesaikan segala tugasanku sebelum beristirehat.

-amin, lepas kelas nanti jumpa cikgu ye.

amin tunduk, diam seribu bahasa.

-wek!! padan muka..

aku menoleh, zahid, pelajar yang sememangnya terkenal kerana perangai nakalnya mengejek.

-zahid, jangan buat macam tu, Islam tidak mengajar umatnya untuk berkelakuan tidak sopan, kita kena sayang semua makhlukNya.

zahid mencebik lantas kembali ke mejanya. aku tersenyum kepadanya, di awal usia ini, sangat penting didikan yang diberikan oleh ibu dan bapa mereka, terutamanya tentang agama. namun, yang dapat ku lihat, rata rata anak anak sekrang ini, semakin menyimpang jauh dari agamaNya, Naudzubillah...

-duduk amin. memang rezeki kamu ni, mari makan dengan cikgu.

-tak pe lah cikgu, saya kena balik awal, mak tak sihat.

-kejap je, nanti cikgu hantar kamu balik. makan lah.

aku menyuakan pinggan pisang goreng kepada amin.

-amin, mak kamu kerja apa?

-mak saya orang gaji. sekarang mak sakit, saya kena tolong, kalau tak, tuan rumah marah2 mak.

amin tunduk, pisang goreng masih yang di pegang belum di jamah.

-dah berapa lama mak kamu kerja dekat rumah tu?

-dah 3 tahun cikgu.. cikgu, saya kena balik ni.

aku merenung amin, setelah Aisyah tiba, aku menghantar amin pulang. Aisyah mengomel tentang persekolahannya sambil mengunjukkan buku sekolahnya yang ditanda oleh gurunya beserta tanda 3 bintang dengan gembira padaku, serta pada amin. amin hanya mengangguk dari belakang, dengan sekuntum senyuman yang hambar. setiba di rumah besar itu, aku melihat sesuatu yang tidak ku duga. wanita yang ku lihat semalam sedang memarahi ibu tua di pagar rumah, dan kelihatan beg pakaian di humban keluar. beg lusuh itu menghamburkan isinya.

-Astaghfirullahalazim!

-mak!!!

belum sempat ku berhentikan kereta dengan baik, amin bergegas keluar berlari mendapatkan ibu tua yang terduduk sambil mengutip pakaian satu persatu, tangis air matanya membasahi pipi. amin memeluk ibunya.

-Assalamualaikum.

-hah!! kau sape pulak?!! jangan nak sibuk sibuk kat sini!!!

-Subhanallah, sabar puan, berdosa menzalimi sesama manusia.

amin membantu ibunya bangun berdiri. esak tangis amin jelas kedengaran...

-mak, ampunkan amin, amin balik lambat sikit, mak...

aku memandang amin dengan sayu, aku mengarah amin membawa ibunya ke kereta.

-puan, insaflah, apa yang puan buat ni, tidak kena...

-heh!!!jangan nak masuk campur urusan aku!!

-bertaubatlah puan, Allah SWT Maha Pengampun...

wanita itu sudahpun berlalu ke dalam rumah seraya menghempas daun pintu. Subhanallah. aku memandu ke hospital, membawa ibu amin untuk diperiksa. amin masih menangis sedih.

-sabar amin, ini semua ketentuan Allah SWT... sabar...

-amin sayang mak.. mak...

mendengar rintihan amin, aku sebak, Aisyah mula menangis sama, entah kenapa anak kecil itu memanggil uminya. aku menelefon ibu dan ayah supaya bersiap untuk ku jemput ke rumah. ibu amin perlu di tahan di hospital untuk sementara waktu. aku membawa amin pulang.dan di tengah kesunyian malam di rumahku, kedengaran esak tangis amin berdoa kepadaNya, aku terharu, dan ibuku bersetuju untuk mengambil amin sebagai anak angkatnya, memandangkan kini ibu dan ayah sunyi di saat aku dan abangku tidak pulang ke rumah ketika bekerja. aku tersenyum, Alhamdulillah.

setelah seminggu di tahan di hospital, sakit ibu amin semakin parah, dan dia dijemput kembali ke Rahmatullah,  aku teramat simpati kepadanya, Masyitah yang sudah dibenarkan pulang bersetuju sekiranya amin diterima sebagai keluarga baru ibu dan ayah. amin redha akan ketentuan Illahi untuk dirinya. Alhamdulillah, ibu dan ayah ku kini mempunyai penghibur sunyi di rumah, dan mereka mempunyai anak angkat yang semakin hari semakin menyerlah dalm pelajaran, serta menjadi peneman yang baik serta taat kepada ibu bapaku.

aku menumpang bahagia yang kian di kecapi amin,walaupun ku tahu, jauh di sudut hatinya, amin masih merindui ibunya...  dan kini, bilangan keluarga kami bertambah, Alhamdulillah, semoga kami berada dalam kalangan hambaMu yang diredhaiMu Ya Rabb... semoga rahmatMu sentiasa bersama dengan setiap hambaMu di muka bumi ini... Amiin,Ya Rabbal A'lamin...

p/s:setiap detik yang kita tempuhi ini, semakin dekat kita dengan kematian... hargailah masa yang ada, kasihilah ibu dan bapa, cintailah saudara, carilah, keredhaanNya....

by : Fadhilah...


aduhai...

mula2, aku tersenyum, dan, senyum ku semakin lebar, dan aku tersengih. dan aku mula ketawa sendirian. gambar yang ku tatapi itu sememangnya mencuit hatiku.  hatiku diusik kembali kenangan lalu. saat kolej ku mula sunyi kerana cuti tahun baru, aku dan rakan rakanku masih terpenjara disini. dan kami melakar sejarah penutup akhir tahun itu dengan satu kenangan yang begitu indah. terlalu mahal harga sebuah kenangan yang kita coret bersama, tanpa diduga.

petang itu, N,(bukan nama sebenar) mengajak aku dan rakan ku F,(bukan nama sebenar) untuk bersama2 menemaninya ke kolam renang universiti kami. dek kebosanan dan setelah seharian memikirkan aktiviti untuk dilakukan(setelah khatam semua cerita dan buku cerita) kami bersetuju untuk bersama2 menemaninya. saat itu, kami masih di ambang tahun satu. freshie... mungkin, tapi kami cool...

nak dijadikan cerita, petang itu, aku menceritakan kisah lamaku bersama si dia yang ku temui di sebuah taman, kalau tidak salah ingatanku yang kesekian kalinya, Penang Botanical Garden. tempat, sudah tentu di pulau pinang. saat itu aku masih anak kecil yang sungguh degil,( degilkah??) mungkin. kami sekeluarga mengunjungi taman itu sambil bersiar2 dengan gembira. dan, aku terlihat si dia, dari jauh, entah kenapa, aku tertarik hati untuk mendekatinya, dan langkahku terus maju menuju destinasi di mana si dia sedang berada. 

tak ku sangka, si dia menoleh ke arahku, dan menuju ke arahku sambil tersengih. aku menanti ketibaannya, tanpa ku mengerti hakikat senyuman yang dilemparkan. dan ketika itu, abahku bergegas kesisiku, dan mengusir si dia. dan sehingga kini, aku tidak mengingati detik yang seterusnya.. tapi masih ku ingat perasaan itu. mungkin abah, umi, dan ahli keluargaku masih mengingati detik yang kesekiannya. namun, aku tidak.

kami tertawa bersama sambil  F juga menceritakan cerita perihal dirinya, namun, bukan mengenai coretan sejarah sedihnya, F ceria, dan  suasana hening petang itu di sulami tawa kami sahaja.

 kami menunggu N, masih lagi rancak berbual bicara, dan kami masih rancak berbual mesra. tiba2, kelihatan saudara si dia yang muncul entah dari mana menuju ke arah kami. F kaget, dan aku menyuruhnya bertenang. ayatku ringkas, dan ayat itulah yang menghantui ku hingga detik ini.

"tak pe, jangan panik..jangan panik. nanti kena kejar..."

nasib kami malang, walau tiada satu pun yang mendekati kami, namun, semakin lama semakin banyak yang datang bertandang. aku juga mula kaget. aku terus berdiri. dan tiba2, ada yang mendekati kami, malangnya, ataupun, mungkin rezeki, atau, entahlah... F beralih dari tempat berdirinya mendekatiku, lantas, si dia mula tersengih sambil menegur kami dalam bahasa ibundanya.

panik...itulah yang dapat ku ungkap di saat ini tentang apa yang berlaku. tanganku cuba menggamit F, namun, tidak tercapai olehku, kami memulakan langkah seribu, sambil menjerit sepenuh hati. dan dapat ku dengari hingga hari ini, suara F menjerit ketakutan, dan suaraku, semua itu masih jelas di benak fikiranku. aku memecut menuruni tangga, atau, mungkin patut ku katakan, tidak sedikitpun ku rasai lelah berlari menuruni tangga. pandanganku kabur... yang pasti, aku harus lari dari si dia.

sambil tercungap2 kepenatan memecut langkah seribu, aku hampir menangis, di manakah F, bagaimana keadaannya... setelah ku kira selamat, ku lihat di hadapanku N, ketawa melihatku.. aku cuba mngukir senyum hambar...

"korang kene kejar monyet ke weh?"

yang mampu ku lakukan, mengangguk mengiakan pertanyaannya. kami menaiki tangga yang ku turuni bersama, dan aku berpaut padanya, letih, seluruh anggotaku menggeletar. dan aku memanggil F, dari kejauhan, ku lihat menuju ke arah kami, matanya berair.. kami terkelu, masing2 diam tanpa bicara... sambil menuju ke kolam renang, kami semakin reda, dan kami ketawa bersama2 sepanjang perjalanan menuju destinasi kami. aku menghela nafas lega, Allah SWT telah menyelamatkan kami dari kejadian yang tidak diingini.. 

si dia yang ku kenali dari kecilku hingga kini, masih sama, masih memberi senyuman maut kepada sesiapa yang diingininya... si dia sentiasa mengancam ketenteraman kami di ambang menjelang senja.kerana si dia dahulu dan sekarang masih sama.. si dia dulu adalah monyet, dan si dia yang ku temui di sini juga adalah monyet... aduhai monyet....


Saturday, December 18, 2010

Kisah mengenai Pahlawan Besar Salahuddin Al-Ayyubi

Kain Kafan Pahlawan Besar Salahuddin Al-Ayyubi

Seluruh dunia kenal akan kebesaran, keberanian dan kegagahan pahlawan besar Islam Salahuddin Al-Ayyubi dalam perang salib. Di bawah panglima besar ini, beberapa bumi islam dapat dibebaskan dari penjajahan kaum salib kristian.

Panglima Salahuddin menumpukan segala daya upayanya dalam perang ini untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermain-mainkan oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang telah dijajah oleh kristian selama 90 tahun dapat dibebaskan.

Kekayaan negara-negara Islam yang dapat dibebaskan, digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan pertahankan negara dari serangan musuh.Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari satu kilometer. Di Damaskus, didirikan rumah 'Takiyah' atau tempat pemeliharaan orang-orang miskin.Demikian juga diSudan, Yaman, dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh Panglima besar ini terdapat banyak bangunan kebajikan untuk rakyat.

Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan perang melawan tentera salib, tibalah saatnya Salahuddin kembali ke hadrat Allah.Pada waktu kewafatan pahlawan dan pemimpin besar ini terjadilah sesuatu yang menyedihkan sekali.Orang-orang besar dan kerabat diraja yang menyaksikan kewafatkan itu sama-sama mengalirkan air mata.Ini bukan sahaja kerana pemergiannya untuk selamanya tetapi sangat terharu apabila membuka tempat penyimpanan harta panglima besar itu kosong sahaja.

Demikian juga harta kerajaan yang dipimpinnya juga kosong, semua harta yang ada digunakan sepenuhnya untuk perang dan kesejahteraan rakyat.Sehingga untuk membeli kain kafan pembalut jenazah si panglima pun tidak ada langsung. Maka pembesar-pembesar dan raja-raja yang ada di bawah taklukan Salahuddin bersepakat untuk mengutip derma di antara mereka untuk membeli kain kafan untuk pengurusan jenazah Panglima Salahuddin Al-Ayyubi. 

Ternyata Penglima besar itu sudahpun tidak memikirkan sama sekali akan harta untuk dirinya. Semua tenaga dan fikirannya hanya dicurahkan untuk Allah semata. Allahu Akbar. Semoga Allah tetap mencucuri rahmat ke atasnya.


SUMBER  :   http://tutorialgdi.ws/anbia.html
__________________________

kisah mengenai Imam Hambali


Imam Hambali Tidak Mahu Menerima Pemberian Orang Lain

Pada suatu hari Imam Hambali sedang dalam perjalanan jauh bersama-sama teman-temanya. kerana jauhnya perjalanannya, mereka kehabisan bekalan dan perbelanjaan. Untuk mendapatkan sesuatu, Imam Hambali dan teman-temannya singgah di rumah seorang yang bernama Hamdan bin Sinan Al-Wasity yang kebetulan orang berada.

Rombongan itu menceritakan keadaan mereka kepada Hamdan bahawa mereka dalam musafir yang kehabisan bekalan. Hamdan simpati ke atas mereka dan memberikan bantuan kepada semua teman-teman Imam Hambali. Mereka menerima pemberian itu, kecuali Imam Hambali sahaja yang tidak mahu menerima bahkan beliau mengeluarkan sehelai bajunya dan berkata: "Siapa yang mahu menjualkan baju ini, akan kuberi hadiah."

Hamdan mengeluarkan seuncang wang dan menyerahkannya kepada Imam Hambali, namun Imam Hambali menolak dan tetap ingin menjual baju yang dibuat dari bulu itu. Isteri Hamdan berkata: "Dia adalah seorang yang soleh dan tidak suka menerima pemberian sedikit
pun."

Kini Hamdan ada cara lain iaitu mengambil baju kurung Imam Hambali untuk membelinya. Diapun membayar dengan harga yang tinggi dengan harapan Imam Hambali mahu menerima wang penjualan itu. Sayang setelah Imam Hambali mengetahui bahawa wang sebanyak
itu tidak patut untuk harga sehelai baju kasar, beliau pun mengambil baju itu semula dan terus pergi meninggalkan rumah Hamdan tanpa mengambil apa-apa.



SUMBER  :  http://tutorialgdi.ws/anbia.html

Berkat selawat keatas Rasullullah SAW


Dikisahkan dalam sebuah kisah bahawa telah datang seorang perempuan menemui Hassan Albasri dengan berkata "wahai tuan guru, sesungguhnya saya mempunyai seorang anak perempuan yang telah meninggal dunia, saya sangat2 hendak melihat kedudukan anak saya didalam mimpi, oleh itu saya memohon kepada tuan ajarkan kepada saya amalan yang dapat memperlihatkan kedudukan anak saya"

Setelah mendengar kata2 perempuan itu maka Hassan ALbasri pun mengajarkan kepada perempuan itu selawat keatas Rasulullah SAW.

Setelah perempuan itu mempelajari dari Hassan ALBasri selawat tersebut, maka dia pun mengamalkan setiap hari sehingga pada suatu malam dia bermimpi, dalam mimpinya dia melihat anak gadisnya itu berada dalam neraka. Leher anak gadisnya dibelenggu sementara kedua kakinya diikat dengan tali dari neraka. 

Sebaik sahaja perempuan itu melihat keadaan anak gadisnya itu, maka dia pun berjumpa dengan Hassan AlBasri lalu menceritakan perihal keadaan anaknya. Maka Hassan alBasri dan sahabatnya pun menangis.

Setelah sekian lama, maka satu hari Hassan albasri pun bermimpi dalam mimpinya dia melihat seorang gadis dalam syurga duduk diatas tilam dan dikepalanya terdapat mahkota yang memancarkan cahaya terang benderang, menerangi segala sesuatu ditumur dan barat.

Dalam mimpi itu Hassan Albasri pun ditegur oleh gadis itu dan berkata, "Wahai tuan guru, kenalkah siapa saya ini?" Hassan menjawab "Aku tidak kenal siapakah kamu". 

Gadis itu berkata "Akulah anak perempuan yang mana satu ketika dulu tuan guru telah mengajarkan selawat keatas seorang perempuan"

Hassan berkata " Katakanlah kapada ku bagaimana kamu memperolehi kedudukan yang terbaik ini?"

Gadis itu berkata "Wahai tuan guru, satu hari seorang hamba Allah telah lalu dan membaca selawat lalu disedekahkan kepada kami semua, semua dia menyedekahkan selawat itu, kami mendenganr suara berkata "Hentikan seksaan keatas mereka dan bebaskan mereka semua disebabkan berkat selawat hamba Allah itu keatas Rasulullah SAW"


SUMBER  :    http://tutorialgdi.ws/anbia.html