welcome to CantStopSmilling Blog

Always be grateful of what Allah SWT have blessed us with throughout our lives...
Appreciate those who hates you, as without them, we could not become stronger in life..
Treasure those who loves you, as their love can always cherishes you when you're sad...

Wednesday, January 26, 2011

bersempena cuti2 sakit kaki-2. :D

tertidur tengah tggu abah lah ni.

haha.. ni tengah mengasuh si kecik, bagus2...

:D sweet :D

sipo sebelum tido. 

:) 

suka sangat tido ngan abah aku. huh... marah ni. :D

tengah2 main, tengok2 da tido. wakaka

perasan comel betul...hehee

ni si tompok tgh bodek keropok... hahaha

'argh...jgn kacau nak tido nih...'

nama:niki nama manja:eek hobi:menghilangkan diri... :D

bersempena cuti2 sakit kaki. :D

hahaha, ini bukan cuti2 malaysia sahabat2 ku sayang... ini cuti yang mungkin julung2 kalinya disandang olehku, semoga lepas ni tak jadi macam ni dah...

edisi kali ni, nak lampirkan khusus sekhususnya lah aktiviti orang yang kerjanya duduk dan berjalan bertongkat macam aku ni...hehehe..

nama manja: sipo   hobi: kejar orang, gigit orang dan suka main tisu.

ni masa kak ah baru tinggal pergi keje... sedih lah konon kena tinggal.. HAHAHA

mengantuk..

upclose shot pye...haha.. punyalah susah nak dapat gamba tengah 'baik' mcm ni.

nama: tompok  nama manja:po'  hobi:merajuk....HAHAHA :D

hmmm, ni tengah merajuk lah ni. huhu.. termenung.

gamba tengah tido. hehehe, bakul khas hadiah dari, kak ah , tetttt!hahaha

pengsan sesudah penat mengejar adik aku, tihah.

freeze!!!--memang freeze lah...

ni gambo tongah sodap beriba ngan abah aku. ceit...hahaha


haha, walau sakit kaki nak bergerak ke sana ke mari, tapi bosan nak duduk je diam2, exercise katekan, dengan bertongkatnye, emmm.. ala ala nenek kebayan lah pulak. tapi nenek kebayan moden. right?? 

al kisah tongkat ni ada kaitan dengan kisah masa darjah tiga.. hmm... next entry plak, InsyaAllah... :D :D :D


Sunday, January 23, 2011

rahmat MU , YA ALLAH

Alhamdulillah, setelah kejadian itu, aku masih bernafas di muka bumi MU Ya Rabb, Alhamdulillah, aku amat bersyukur, kejadian itu sedikit sebanyak menyedarkan aku , betapa rapuhnya aku ini, kerana aku makhlukMu yang telah diciptakan untuk berteduh di muka bumiMu Ya Allah... Alhamdulillah, masih lagi aku berkesempatan untuk menatap alam indah milikMu, masih mampu merasa nikmat yang telah Engkau kurniakan untukku, dan masih berpeluang merasai kasih sayang insan2 di sekelilingku, Syukran, Alhamdulillah..



aku menerima kejadian yang berlaku itu sebagai ujian untukku, untuk menyedarkan aku pentingnya nikmat sihat yang Engkau kurniakan kepadaku, nikmat mata, hidung, telinga, mulut, deria rasa ku, serta anggota tubuh badanku ini. Alhamdulillah.. walau aku masih terhinjut2 melangkah di bumiMu Ya Rabb, Alhamdulillah...

semoga kejadian yang telah menimpaku ini mampu mentarbiahkan aku agar menjadi hamba yang lebih mencintaiMu, lebih mensyukuri nikmatMU, lebih menyayangiMu.....

Sunday, January 9, 2011

lets go!!

walk again, and you will never be on the same place twice.
walk again, and you will feel the earth  dance,
walk again, and you will see the days didnt  last,
walk again, and you will feel nice.

we will never be the same us the day before, or the moments before, or just now. for we are getting far away evolving through times we are having and we are moving through the crowded distance.

forget the moments you think that will haunt you.. yes! you can!! you may cry over the pains you get.. the wounds you have, cry, let it go... but dont let it be the wall build to blind your future.. believe in what Allah SWT have destined for each and one of us, we can decorate the steps that we took towards our true destination. walk your way..

walk, and bring along the supplies you need the most of it, Quran and Hadith... bring all of them in your mind, carry them through the challenges you step on, and InsyaAllah, you will get the ease in your heart, no matter how agonizing the journey be. you are the one that can change everything, and the one that can determine what you do in the next throw of your war spear.. throw them, aim it at your enemy of your ambition, kill it, dont let anything be the obstacle to stop your way... yes!! you can..

for you have everyone around you that really loves you, and everyone that cares for you. though there are many people who lies and tell things about you, calm your heart, as what we do, Allah SWT knows everything... let them do anything they want, but dont let them halt your life marching...

go... and grab all the fruit of success along the roads!! they belongs to you!!! get it, fight for it!!! and i will fight beside you, InsyaAllah....

InsyaAllah, lets pray so that we will be on the right track in this combat, for we are going to be the best!!! 

Amin....

p/s: this is specially dedicated to my sister, happy bday dear!! and my siblings, i really miss you...
and to all my friends...may Allah SWT bless us all in our lifetime.... 
i love you... 

SANG SERIKANDI ... :D



hihi... salam buat semua.. tak kira kecik besar tua muda... nak kongsi hari ni, adalah ceritera hikayat 3 serikandi pergi bersiar2 dengan cantiknya di stadium sukan yang juga dikenali dengan nama samaran palsu.... stadium bukit jalil dalam ukm. sapa bagi nama, biarlah aku n da geng je tahu ye.. hihi

penting untuk diketahui ye, serikandi no adalah seorang nujum bulan sabit merah, serikandi fa adalah penghulu kampung, manakala serikandi la merupakan penjaga kebajikan warga kampung...



sebermula maka, sang serikandi no, serikandi fa dan serikandi la berbincang bersama akan perancangan untuk melawat akan sebuah tempat yang belum pernah di kunjungi oleh serikandi la.... maka kata sepakat dicapai, serikandi nofala ini bersetuju untuk bersama2 berjoging pada petang itu...

serikandi2 ini memulakan perjalan dengan gelak tawa serta gumbira sekali. belum pun keluar dari kota kolej emas(ups...certain2 je yang paham) serikandi la mula berasa letih, dek kerana tidak pernah bersenam langsung untuk kesekian lamanya. serikandi fa dengan bersungguh2 memberi kata2 perangsang supaya mereka meneruskan perjalanan menuju destinasi. manakala serikandi no hanya tersenyum tersengeh memandang gelagat kedua2 serikandi itu dari belakang...

alkisah, di sepanjang perjalanan, serikandi la masih memujuk serikandi no dan serikandi fa untuk kembali ke kampung halaman asal mereka kerana kepenatan, namun perjalanan masih diteruskan juga kerana keyakinan serikandi no dan fa. maka serikandi la menurut saja.

setibanya di destinasi, maka terpegunlah serikandi la dan serikandi fa melihat stadium yang juga dikunjungi ramai orang yang ingin berjoging... maka dengan romantisnya serikandi fa dan serikandi la menuruni tangga sakti berpimpinan tangan(kenapa pimpin tangan? tangga tu kan sakti...hehehe) menuruti langkah serikandi no yang dengan selamba menuruni tangga sakti itu.

dengan yakin serikandi nofala mencari spot untuk mula warming up sebelum berjoging... setelah dengan bersusah payah warming up, maka bermulalah sesi jogging petang itu, dan malangnya, si serikandi la tidak henti2 memujuk serikandi no dan serikandi fa untuk pulang ke kampung halaman kerana sudah tiada larat lagi...hehehe... akhirnya, serikandi fa dan serikandi la berhenti dari meneruskan perjuangan setelah 2 kali mengelilingi stadium itu, dan dengan cadangan serikandi fa, maka mereka memulakan sesi cooling up... hehehe...

mereka memerhati serikandi no dengan gagah berani masih mengelilingi stadium itu sehinggalah tamat sesi... masing2 meneruskan perjalanan pulang ke kampung masing2.. setiba di kampung kolej emas, maka ketiga2 sahabat ini mengunjungi gerai usang di hujung kampung yang di beri gelaran gerai puri pujangga, untuk mendapatkan bekalan makanan untuk malamnya...

setelah bersama2 menikmati bekalan yang di dapatkan di gerai puri pujangga, maka masing2 meneruskan aktiviti masing2, iaitu untuk sesi merehatkan diri... dan serikandi la terpengsan kepenatan...

Saturday, January 8, 2011

i wanna hold ur hand

al kisah, tengah2 menaip coding prolog, tetiba aku teringat balik al kisah berjaga malam masa aku first year dulu2... semasa first year dulu, sangat skema, aku suka skema2 nih... mengikut undang2... tak suka otai2...no otai2 for me... g kelas berkad matrik, baju kurung je...hehehehe


tgh malam, aku dah pening2 tengok komputer nih,...apakah ini semua... coding  C++ aku semua hampeh tak menjadi.. sabo jo lah.. akhirnya aku membukak blog2 yang ada... hahahaha... dan aku membacanya sampai aku rasa pening nye kepala. aku buat keputusan, aku nak keluar jalan2.. pukul, 1.30 pagi.. awal lagih..


aku keluar dengan berus gigi dan ubat gigi yang terchenta. dengan bersemangat TG2KM sesi 2009-2010, aku bert-shirt puteh saiz L,( sepatutnya aku ambik M, tapi aku minta L, dan akibatnya, besar betul lah. )diri aku serabai. memang serabut. nak dijadikan cerita, masa sampai di muka pintu toilet aku terus je masuk...


-ahh!


 aku pon apa lagi...


-hoih!!!!!


rupe2nye ada budak first year duk ambik air sembahyang, tekejut tengok aku. kenapa die punye tekejut slow je, aku pon ikut tekejutlah, tapi kesian budak tu, dua kali tekejut, mula2 sebab tgk aku, kemudian sebab aku sergah dengan suara ganas aku.. ayoyoyo... kasihan bangat deh... aku mula tersengeh...


aisy... kena belajar kontrol tekejut nih... sesudah gosok gigi, aku keluar. dan aku nampak something lari denga lajunya ke arahku... aku pon apa lagi.. huhuhu... ampun, memang tekejut.. satu aras begegar dengan jeritan betul2 tekejut ku..... aku urut2 dada... kucing hitam itu terus berlari tanpa mempedulikanku...


tick... tick... tick...


aku dengar bunyi orang2 penghuni sekalian bilik  kunci tombol pintu, aku tahan gelak daripada terhambur kat situ. berlari2 aku masuk bilik.. dan aku gelak sepuas2nya... hahahaha....


alkisah lah masa first year... huhu... tiba2 teringat... saja nak kongsi2, release tension... tenang2 selalu, senyum selalu... :D :D :D 


p/s:oh, itu tajuk tara kena mengena sama ini artikel ya.. saja2 saja. heh??

TAHUN BARU.... ~~LALALA~



hidup ni kena ada tujuan. betul tak, tapi akui je lah, kadang2 kita lupa apa tujuan kita hidup ni. sebab tu lah kita sampai terlupa apa yang sepatutnya kita lakukan, apa yang kita kena jauhkan.kadang tu, sengaja buat2 lupa kan? contoh macam anak2 baru2 nak belajar puasa, kejap, hilang, tengok2 dekat dapur... hmmmm.. buat pe... hahaha. tak cakap orang lain, akulah tu.. tapi itu kisah dulu.hehehe.

alkisah lupa, kalau kita biar memang  akan jadi kanser, yang mula2 kecik2 je, tapi bila dah start parah, aiyoyo.. susah nak ubatkan, tapi InsyaAllah, boleh. contoh utama, bab sembahyang dulu, kalau masa kecik2 kita dah start kena solat mase umur mencecah 7 tahun. bila?? alaa, masa nak masuk darjah satu. dulu aku sekolah sri aman, kelas emmm, lupa plak, Abu Bakar, (tak pasti lah, tak ingat). masa tu memang Mu'allimah dan Mu'allim kat sekolah selalu ingatkan kami tentang batas pergaulan, Mu'allimah kata tak boleh bersentuhan kulit lelaki dan perempuan,  dosa.. dan Alhamdulillah, semakin dah dewasa ni, (nak kata besar, tak boleh lah sebab macam tak besar2... hehehehe) aku masih ingat nasihat itu. memang wajib untuk kita ingati, betul tak.

dan makin kita melangkah dalam dunia yang sementara ni, makin baNyaklah pulak ujian2 yang kita kena lalui, tapi itu semua mendewasakan kita.. kalau sekarang kita dah pernah rasa macam2, ingatlah, kita akan guna pengalaman indah ini untuk mendidik zuriat kita kelak(InsyaAllah), sebab  kita pun pernah lalui keadaan umur dalam proses pendewasaan, bukan pembesaran, hahahaa.. :D (maaflah, aku ni jenis suka gelak, duk sorang2 pun kadang tetiba tergelak kalau teringat benda2 yang kelakar, hahaha)... masa kecik2 suka sangatlah bergusti, dan part time kat umah masa kecik, memang bertinju dengan adik lelaki aku memanjang. umi tegur, abah larang pun, kadang tu, kes berebut remote tv je, tup2 dah bertinju2. hahaha... aku rindu keluargaku...hehehe.. semua ni akan jadi kenangan untuk yang dikenang bersama, kalau aku panjang umur untuk teruskan perjuanganku ini, InsyaAllah....

Mu'allimah selalu pesan dalam kelas dulu, rambut kita akan jadi ular yang patuk2 kita kalau kita biar tak tertutup di khalayak sebab rambut kita adalah aurat, dan kami apa lagi, nampak je rambut kawan2 terkeluar sikit dari tudung sekolah,  salah sorang akan dengan bersungguh2 kata, eh!! cepat cabut, kalau tak nanti jadi ular. dan tuan empunya diri akan  cabut lah rambut tu, pastu muka akan berkerut menahan sakit. hahahaha... semua macam tu, pendidikan awal untuk kanak2 yang masih dalam kategori baru nak menimba pengalaman hidup memang berkesan dengan penceritaan dari cikgu2 dalam kelas. dulu sangat suka kelas Sirah, sebab Mu'allimah akan cerita kisah Nabi dan para sahabat. kami akan khusyuk mendengar, dan harap2 loceng tak bunyi2 dah. hehehe. agak2 kalau aku ngan kawan2 masa darjah satu dulu di bawa ke hari ini( back to d future..boleh plak) mungkin mulut kami ternganga nak tolong cabut semua rambut orang2 yang free hair, kesian takut jadi ular kat Akhirat. AstaghfirullahHal'Azim....

zaman kecik2 dulu semua tak ambil pusing, tau2, balik sekolah, umi tanya ada kerja sekolah tak, akan cepat2 buat, sebab nak main. main apa tah... sekarang, aku nih liat nak siapkan assignment banyak2 yang prof2 dan dr2 tersayang bagi, mungkin sebab duduk jauh dari rumah, hehehe, tak lah, yang pasti, due date tu memang aku penuhi, walau bermerah mata menghadap buah hati aku menaip2 kerja pape. macam assignment, yang akan ada due date, begitulah kita manusia ni, bukan expired date eh... due date.. bila dah sampai due date, siap tak siap, assignment kena hantar, masa nak hantar berdebar2 sapai tak senang duduk, tapi bile dah hantar je, baru boleh rasa lega, lompat2 suka hati,gi kafe gi makan, pastu teruskan lagi untuk assignment seterusnya. dan, markah tu, akan terpulang kepada lecturer lah. A ke B ke C ke D ke, yang tak nak, Fail... Naudzubillah....

bayangkanlah pulak hidup, tak de makne nye nak lompat lompat gi makan nak buat assignment lain dah, bila dah sampai due date kita,atau senang, ajal kita, maka tak kira kita minta dipanjangkan walau seminit walau sesaat, akan terpejam jugaklah mata pemberian Illahi ini, matilah kita. dan buku amalan, tak de yang terpadam, Ustaz Azhar Idrus kate takde pemadam nak hapuskan kekhilafan yang kita lakukan, kalau budak2 boleh beli pemadam 20 sen dekat kedai. tapi, pemadam kita, adalah taubat. jangan tunggu bila agak2 dah penuh buku amalan, agak2 dah nak sampai ajal, baru nak bertaubat, kita tak akan tahu bila ajal akan datang menjemput kita.... marilah kita sama2 bertaubat awal2 ni selagi sempat... marilah kita bersama gapai redha Allah SWT... kalau masa Malaikat Izrail nak ambil nyawa kita, tengok2 masa tu tengah dating mana2, rasa gembirakah?
 "oh, daku mati di samping kekasih jiwa raga bakul sampahku.. bahagianya daku..."
 macam tu ke???????????????Naudzubillah... semoga semasa ajal menjemput kita, kita berada dalam keadaan bersedia untuk kembali kepada Allah SWT... Amin, Ya Rabbal A'lamin

semoga tahun baru ini membuka helaian yang bermakna buat kita semua agar menjadi Muslimah Muslim sejati... Amin... tujuan tahun baru ni, apa? nak jadi lebih teruk dari hari semalam?? nak jadi sama je macam hari2 semalam?? atau nak jadi lebih baik dari hari2 semalam??? sama kita berfikir kerana fikir itu pelita hati... InsyaAllah......

Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :


"Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing/ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing/ganjil. Maka beruntunglah orang-orang yang ganjil."



(Muslim : 145)