welcome to CantStopSmilling Blog

Always be grateful of what Allah SWT have blessed us with throughout our lives...
Appreciate those who hates you, as without them, we could not become stronger in life..
Treasure those who loves you, as their love can always cherishes you when you're sad...

Saturday, June 11, 2011

yup... it is....

ghost A went to PC Fair held at KLCC(was it??well, juz pretend that it did) he was staring hard at the laptops displayed there. fascinating. it saw a father and his 2 daughters, also observing a laptop that seems so and very nice. the father wishes to buy it for his daughter, which is studying in matriculation. so, the ghost was fascinated to see this girl's happy face when she got the laptop, and it decided to follow her all the way back to her matriculation, and back to her room. she lives with 3 room mates. one of them were dull looking, she wasnt even bothered by the look of the new laptop. arfah took a glance, and give the girl who just got her laptop a disgusted look. they werent in good terms in the first place, for several reasons. while mika, her other room mate, were excited to see it. she wants to try it herself. reminders: not every hands are delicate when they are handling others properties, and sometimes,their  hands on approach could result in damage to ur stuffs.... right? click. haha

mika : wow!! brand new laptop!! its the recent item!
girl    : not really...
mika : wow..hey look. intel inside... idiot inside..
girl    : really?? hmmmmm... i think its Islam inside.

the ghost then just wonder away into thin air, before anything could harm him... whuuuusssshhhhhhh!!!!!!

Thursday, June 9, 2011

susahnya...

Alhamdulillah... kepada semua yang dapat keputusan peperiksaan baru2 ni. bersyukurlah, apa yang kita dapat itu rezeki Allah SWT, tinggi rendah pointer bukan ukuran, yang penting, kita redha menerima apa yang ditakdirkan untuk kita bersama..

tajuk entri saya, "susahnya" apa yang susahnya kan? nothing is impossible with imagination... bak kata spongebob.

janganlah bila dapat result, nak meninggi diri dengan kejayaan tak seberapa kita di dunia ini. kadang2, Allah uji kita dengan kejayaan, supaya kita lebih insaf akan segala perbuatan kita di dunia ini, walau apa yang kita lakukan, tetaplah kita merendah diri, zuhud sentiasa, contohilah peribadi mulia  Baginda Rasul kita serta para sahabat.

kalau kita tak contohi akhlak mulia Baginda Rasul dan para sahabat, siapa lagi kita nak contohi... jangan tersalah pilih untuk mencontohi orang yang tidak berpaksikan agama Islam yang benar, kerana, tujuan kita hidup di dunia adalah sebagai makhluk Allah SWT, bukan untuk menjadi hamba kepada dunia yang berpaksikan hiburan dan nafsu semata.. Naudzubillah ...

jangan cemburui kejayaan orang lain sehingga rasa cemburu itu menyebabkan kita membenci orang yang berjaya tersebut... berdosa.. cemburuilah kejayaan mereka dalam memburu kejayaan, bersahabatlah dengan mereka seikhlasnya, jadikan cemburu itu sebagai pendorong kita ke arah kejayaan, Insya Allah..

kejayaan di dunia sahaja tak memberi apa2 makna, kalau tidak kita iringkan dengan jihad mencapai kejayaan di akhirat kelak..

ambil iktibar dari apa yang telah berlaku di sekeliling kita. kenikmatan yang kita nikmati hari ini pemberian Allah SWT, kesihatan, kecantikan, kecerdikan, itu semua nikmat yang Allah kurniakan, bila2 masa sahaja, ia boleh hilang dari pandangan kita.. Insaflah...

kuatkan hati... terutama kepada muslimah2 akhir zaman ini. menutup aurat adalah satu kewajipan, dugaan untuk menutup aurat banyak, tapi, semakin terduga kita dengan apa2 terjadi, ingatlah InsyaAllah, semakin banyak pahala kita jika kita ikhlas dan istiqamah.. Allah tidak akan menzalimi hambaNya...

dan ingat, jika kita tergolong dalam kalangan yang menyekat wali Allah SWT atau orang2 yang berusaha berjihad ke jalan Allah, maka, kita jangan lupa, balasan Allah itu teramat pedih....

setiap kesusahan sepanjang kita berada di jalan Agama, berjihad menegakkan Agama, ingatlah, setiap inci kesulitan yang kita alami itu adalah pahala, InsyaAllah...


Wallahu'alam

Tuesday, June 7, 2011

kenapa dan kenapa dan juga kenapa?

ingin saya bawakan untuk entri kali ini sebuah perkongsian yang juga sebuah persoalan. apa persoalannya?
ini

dan ini
perkongsian ini adalah mengenai Apakah hukum menonton cerita di panggung wayang.

hukum nya adalah HARAM.

kenapa?

---> apabila terdapat unsur2 yang ditegah syara'

ditegah syara'? kenapa?

-->penayangan cerita yang mengandungi unsur-unsur HARAM di sisi Islam

-->tiada kawalan antara pergaulan lelaki dan wanita (yakni, tiada pengasingan tempat duduk antara muslimin/lelaki ajnabi dan muslimat/wanita ajnabi)

-->boleh mendatangkan fitnah.

Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: ‘Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya’ .” Riwayat Tirmizi, hadith Hasan

hidup ini teramat singkat, entah esok, entah lusa, mungkin sebentar lagi, Malaikat Maut menjemput kita kembali... syaitan sentiasa mendesak Umat Islam di akhir zaman ini untuk menjadi pengikut mereka. kerana inilah, bila dinasihati, ramai yang suka mendesak / mengasak si pemberi nasihat ini dengan persoalan2 yang dirasakan boleh membela dosa yang dilakukan. persoalan yang sering diajukan "kenapa"?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Soal kejelasan niat dalam sesuatu tindakan adalah rukun utama bagi segala gerakerja. Setelah akidah seseorang itu selamat dan sejahtera, Islam meletakkan syarat utama bagi setiap amalannya pula adalah niat yang betul. Nabi s.a.w bersabda: “Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim    Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ))
--------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------

resepi kejayaan dalam hidup ini, mudah dan ringkas, let Islam live in ur heart, let Al-Quran & Al Sunnah be your guide, InsyaAllah, succes is yours.....but dont leave Islam....

untuk penghuraian mendalam mengenai hukum menonton di panggung wayang, klik baca lanjut

Ilmu itu untuk dikongsi, yang buruk untuk kta hindari, yang baik itu untuk kita hayati.. InsyaAllah....

Sunday, June 5, 2011

DUA BELAS AURAT WANITA


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng- Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.Bermaksud Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
::source::