welcome to CantStopSmilling Blog

Always be grateful of what Allah SWT have blessed us with throughout our lives...
Appreciate those who hates you, as without them, we could not become stronger in life..
Treasure those who loves you, as their love can always cherishes you when you're sad...

Tuesday, September 6, 2011

selamat menyambut kedatangan syawal!!

selamat menyambut hari raya, walau dah lepas perayaan rasminya saat kami2 yang terpaksa menjalani latihan industri di tempat LI masing2. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar, InsyaAllah.



huh, lama xjenguk blog, kih3. klako. malas bebeno atenye. bile duk rumoh beginilah ye. dan sekarang tetibe terdetik rasa untuk kembali berkongsi ilmu saya yang tidaklah seberapa bersama saudara2 saudariku yang tersangat saya sayangi lagi kasihi dan???? cintai... cintakah?

C=cerita     I=insan   N=nanar   T=tanpa     A=Agama.

hok aloh, awat, jangan lah maroh, awat hangpa ni, bgurau sikit pun xleh eh, bukan hangpa xtau, aku ni kekadang loklak... hahaha *ok, seribu kemaafan ku pinta seikhlas hati kepada semua yang mengenali diri  :D


baiklah, berbalik kepada pengkisahan yang sebenar, iaitu perihal Umat islam yang kini berada di bulan Syawal....

sekarang, jom kita sama2 hayati hadis Rasulullah s.a.w

 “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]

hukum berpuasa selama 6 hari ini adalah sunat, dan juga ia tidak diwajibkan untuk berpuasa secara berturut2 sepanjang 6 hari tersebut. berpuasa pada mana-mana hari di bulan Syawal selama 6 hari asalkan dicukupkan kepadanya 6 hari di bulan Syawal adalah di bolehkan.Walaubagaimana pun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan keumuman firman Allah s.w.t.:

 “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran 3:133]

dan juga asalkan, ia dilakukan di dalam bulan Syawal, bukan di cukupkan 6 hari termasuk Zulkaedah atau bulan mendatang ye. :D

masih ramai yang keliru, bolehkah digabungkan niat puasa Qadha' dan puasa Sunat?

saya dan rakan-rakan pernah menanyakan soalan ini kepada ustaz semasa berada di matrikulasi. jawapan yang diberikan kepada kami ialah,  puasa qadha' itu perlu ditunaikan terlebih dahulu sebelum menunaikan ibadah sunat seperti puasa sunat ini.   kerana puasa qadha' itu di kira sebagai hutang kita dengan Allah SWT, maka wajib kita melangsaikan segala 'hutang' yang ada, kerana sebolehnya jika saat ajal menjemput, tentulah kita semua ingin dijemput dalam keadaan telah melangsaikan kesemua hutang.

untuk menjelaskan lebih lanjut, baca link ni ye kawan2 yang tersayang;

semoga pahala yang telah kita perolehi di sepanjang Ramadhan yang barakah tidak di lampaui dengan kejahilan kita dalam menghadapi ketibaan syawal.. InsyaAllah, :D

setakat ini dahulu, InsyaAllah, saya akan update blog ini, dengan izinNya, semoga kita dipertemukan lagi, :)


p/s:
  1. rakan-rakan yang terchenta, semoga kita bersabar dalam menempuh dugaan tak de kerja/banyak kerja sepanjang menjalani LI, hehehe, rindu kamu semua. Ukhuwah fillah.
  2. my family, hhihiii, Alhamdulillah ad rezeki merasa berada d rumah 1 sem utk LI nih, hihi.. love u!
  3. buat kakak lama dan abang baruku, aka pasangan pengantin baru tersayang, semoga selamat hendaknya, semoga kekal dalam redhaNya, semoga selamat sepanjang di persinggahan bermakna ini, dila sayang kak ja n abg khairi.. semoga sihat sejahtera :D
  4. buat pembaca yang bermurah hati untuk sama2 nasihat2 dan baca2 blog x seberapa ambe, trimaz. :D